Langkau ke kandungan utama

RIP Irwan Wijaya

Selamat Hari Buruh!

Aku pasti hari ni mesti ramai yg berfoya-foya menghabiskan baki cuti yg ada. Ada yg aku tengok sempat lagi bercuti ke luar negara. Sementara yg lain mengambil kesempatan shopping raya.

Elok sangatlah tuh. Besok dah nak raya, Kota Kinabalu bakal sesak jem tak sudah-sudah. Skrg ni bukan tak jem tapi tak seteruk bila dah masuk bulan puasa nanti.

Aku takde rancangan nak shopping raya. Kalau ada pun rasaya pesan atas talian ajelah. Tua2 ni takde mood sangat nak beraya. Janji ibadah puasa berjalan baik, kesihatan berterusan sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Hari ni aku pertama kali cuti pada hari buruh.

Dikesempatan tuh aku selak2 jugak lah akaun2 insta yg aku folo dan alangkah terkejutnya aku bila mendapat berita kenalan dari tanah seberang sudah pergi. Hampir-hampir tak percaya dengan foto funeral yg mungkin dimuatnaik oleh keluarga.

Siasat2 di pesbuk, rupa2nya kenalan2 yg lain sudah juga melafazkan takziah, RIP kepada mendiang Irwan Jaya.


Mendiang Irwan Jaya menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 April lepas.

Aku tak ingat macam mana boleh kenal mendiang. Mungkin kenalan atas kenalan, dan perkongsian minat yg tidak membataskan sempadan geografi menemukan kami. Kebetulan kami sama-sama meminati Spice Girls dengan bbrp rakan lain dari Indonesia.

Setahu aku mendiang amat meminati diva, Krisdayanti dari Indonesia. Sementara, di Malaysia pula diva yg paling disanjung sudah tentulah, one and only, Siti Nurhaliza.

Aku sebenarnya tidak begitu mengikuti kehidupan sehari-hari mendiang. Tapi dalam bbrp tahun kebelakangan amat sukar utk tidak menyedari yg mendiang semakin kurus.

Mulalah berandaian yg mendiang mungkin sakit? Dewasa kini mmg apa2 saja boleh jadi punca.

Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

RIP Irwan Wijaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.