Langkau ke kandungan utama

39

Masuk bulan Nov ni mcm biasalah usia aku bertambah. Takde sambutan apa sangat.  Tua dah eh nak tiup kek segala. Ucapan pun bagi aku sudah memadai.

Ada jugak terpikir nak ambik cuti, stay kat hotel yg fancy sikit tapi nampaknya tahun ni kempunan lah. Cuti dah awal-awal orang lain rembat dulu.

Hujung bulan ni ada staf yg nak naik pelamin. Manakala, bulan depan ada yg dah mula cuti bersalin. Itu yg berebut nak ambil cuti sebelum bergilir ganti staf yg bercuti.

Itu pasal lah tahun ni cuti-cuti aku kedepan kan ke bulan Sep, bukan dalam Oktober seperti yg lazim aku buat sebelum ni bagi mengelak pelanggaran cuti.

Tau-tau yg nak kawin tak buat pun bulan Oktober, tapi dibawa ke bulan November.

Bukan nak kata apa lah kan. Katanya nak tetapkan tarikh perkahwinan tuh nak kena tilik dari nama dan tarikh lahir segala, tapi bila dah dapat tarikh kahwinnya hati pun mula mengata.

Tahun lepas tilik bulan sepuluh. Skrg tilik, jatuh bulan November lah pulak ek?

Pandai sang tukang tilik adjust2 tarikh kawin elok jatuh masa cuti sekolah yea...

Bagus, nanti boleh pinjam tukang tilik nak tengok nasib ni bila ada tuah dapat deron baru?

Sementara menunggu kena tilik tu kita terbangkan jelah deron yg ada.


Tulah satu-satu cita aku nak terbangkan deron sampai puncak bukit Melinsung yg digondolkan tuh. Alhamdulillah baru-baru ni tercapai.

Nampak tak jalan raya di kaki bukit tuh?

Itulah jalan yg aku guna ke tempat kerja biasanya.

Dari soh seh yg aku dengar jalan kat bukit ni adalah yg paling keras di Sabah. Entah betul entah tidak, aku yg hari-hari menggunakan jalan tuh tak pernah pun mengalami sebarang kejadian mistik sejak 10 tahun menetap di kawasan tuh.


Baru-baru ni terjadi tanah runtuh di jalan yg aku cakapkan tuh. Akibat dari tanah runtuh tuh menyebabkan saluran air utama ke kawasan2 di sekitar terputus dan menjejaskan bekalan air selama bbrp hari.

Itu baru ranap saluran air, kalau dapat bencana yg lagi teruk agaknya brp lama nak diambil utk memulihkan semula bekalan air?

Dari yg aku dengar, alasan saluran air lambat diperbaiki adalah kerana ketiadaan alat ganti yg sesuai. Masa entri ni ditulis, aku tengok pekerja-pekerja masih lagi memperelokkan saluran air.

Dah masuk tiga minggu dah tuh.


Dah rawan gelongsor, kenapa agaknya puncak bukit ni digondolkan? Sampai skrg aku pun tak faham.


Dengan deron buruk aku tuh aku pegi dekat lagi dan meninjau tapak puncak yg telah diratakan.

Dari yg aku dengar tapak tu digunakan untuk melombong tanah. Sini nak lombong tanah? Dah takde tempat ke nak lombong lagi?

Mana dengan hujannya... Mana dengan lori besar-besar turun naik dari bukit. Betul-betul membahayakan pengguna jalan raya tau!

Mungkin ada rungutan dari pengguna, tapak ini ditutup tidak lama selepas itu.


Sehabis dekat dah ni aku terbangkan deron. Ikutkan hati nak terbang tinggi lagi tapi dah set latitud 250m makanya tinggi tu jelah.

Ikutkan hati nak aje aku mendarat kat situ... tapi lain kali lah tunggu deron baru. Ini pun terbang dah balik2 dpt amaran weak signal.

Harapnya dengan deron baru nanti, boleh lah terbang dengan hati tenang tak risau sangat pasal weak signal bagai... Berangan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.