Tercapai jugak hajat memilik DJI Mavic Pro sebelum meninggalkan tahun 2017. Benda dah kecik, mudah alih, ingat hari-hari lah boleh terbang, rupanya hampa.
Melihat awan berbondong-bondong, air mencurah-curah dari langit, dari tirai tingkap aku hanya mampu mengeluh.
Kalau begini gayanya, lagi bagus layan mata je lah.
Begitupun aku tetap jugak curik-curik waktu terbangkan bila sang mentari muncul. Itu pun sempat bbrp kali sahaja sejak dapat dron tu hujung bulan November.
Pertama kali terbangkan... macam Wow!
Barang mahal lah katakan, mmg sedaplah smooth je banding DJI Phantom 3 Standard aku sebelum nih.
Perancangan seterusnya aku pikir nak beli satu lagi kamera. Kamera sedia ada Sony a5100 tu rancangan asal aku sebagai secondary camera aje. Primary camera dah tau jenama apa tapi tengah tunggu bonus hujung tahun lah ni baru hangkut sejibik... hiks.
Susah jugak minat videografi ni... Banyak pakai duit.
Itu baru badan kamera belum lagi lensa dan aksesori-aksesori lainnya.
Mmg wajiblah cas mahal2 bagi client yg nak video. Barang2 semua bukan morah ya.
Ni baru nak runcit-runcit dah pancit poket.

Ulasan
Catat Ulasan