Entah segala apa pulau yg tak pemes aku shut sejak akhir2 nih. Nak pergi jauh-jauh, tangkap pulau yg cun-cun belum ada kesempatan lagi. Cuti pun susah nak dapat. Dengan iringan album Balada dari Pastel Lite aku merenung ke masa depan. Apa yg bakal aku buat. Dalam merenung ke masa depan aku menyedari realiti yg aku lalui skrg. Menyedari hakikat yg aku skrg kelihatan seperti seorang yg sedang mengejar satu impian indah tetapi sebenarnya cuba untuk mengisi kekosongan. Kekosongan yg aku rasa tapi tidak pernah cuba fahami. Mungkin betul kata orang masa merawat segalanya. Lima tahun, bang. Lama tuh. Namun selepas semuanya sampai ke penghujung cerita, apa yg berlaku selepas itu? Terfikir jugak aku utk mencari erti selepas itu, namun semuanya seakan gagal berbicara kembali. Gagal untuk memberitahu apa yg berlaku, adakah PENGALAMAN atau KENANGAN. Menatap ke luar melihat awan-awan berbondong-bondong aku didatangi pemahaman yg tidak pernah terlintas di kotak fikiran aku sebelum i...
Leka, Liku Hidupku