Langkau ke kandungan utama

Pulau Montukod


Tak tau lah kenapa aku obses betul dengan Pulau Montukod (paling kanan dalam gambar).

Sejak aku mula kerja sini mmg sudah lama pasang angan2 untuk memijak kaki ke pulau tuh (boleh ke sana dengan hanya berjalan kaki paling sesuai ketika air laut surut).

Sehingga saat entri ni ditulis aku masih belum ada rezeki lagi ke pulau tuh.

Begitu jugak sejak ada dron tahun 2016, keinginan untuk terbang ke pulau tuh turut sama membuak-buak.

Alhamdulillah awal tahun ini, keinginan itu tercapai.

Selepas penerbangan pertama, aku buat dua lagi penerbangan. Penerbangan kedua aku secara FB live dan yg ketiga aku shut sekitar 8 pagi dan hasilnya sangat mengagumkan.


Inilah gambar ariel Pulau Montukod in full glory.

Kali pertama dan kedua fly hari tuh tak berkesempatan untuk ambil gambar begini. Jadi bila dah ada peluang tu, apa lagi? Ketik lah sepuas hati.

Ada cakap pemandangan pulau ni dari atas seperti sebiji naget bentuk love yg digigit tepinya. Love's bite gitchu...


Dari segi keindahan pula, seperti yg korang lihat dari video yg aku rakam mmg tidak dapat disangkal lagi. Tgk dari jauh pun hati tak tahan, inikan pula kalau dah ada di pulau tuh.

Itu sebab agaknya pulau milik persendirian seluas 17.2 hektar ini pernah ditawarkan dengan harga 35 juta ringgit Malaysia sekitar 2011 dulu.

Dengan keunikan alam semulajadinya, aku yakin pulau ini ada potensi utk dimajukan sebagai tapak resort.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...