Langkau ke kandungan utama

Pulau Ampak-ampak


Entah segala apa pulau yg tak pemes aku shut sejak akhir2 nih. Nak pergi jauh-jauh, tangkap pulau yg cun-cun belum ada kesempatan lagi. Cuti pun susah nak dapat.

Dengan iringan album Balada dari Pastel Lite aku merenung ke masa depan. Apa yg bakal aku buat.

Dalam merenung ke masa depan aku menyedari realiti yg aku lalui skrg. Menyedari hakikat yg aku skrg kelihatan seperti seorang yg sedang mengejar satu impian indah tetapi sebenarnya cuba untuk mengisi kekosongan.

Kekosongan yg aku rasa tapi tidak pernah cuba fahami.

Mungkin betul kata orang masa merawat segalanya. Lima tahun, bang. Lama tuh.

Namun selepas semuanya sampai ke penghujung cerita, apa yg berlaku selepas itu?

Terfikir jugak aku utk mencari erti selepas itu, namun semuanya seakan gagal berbicara kembali. Gagal untuk memberitahu apa yg berlaku, adakah PENGALAMAN atau KENANGAN.

Menatap ke luar melihat awan-awan berbondong-bondong aku didatangi pemahaman yg tidak pernah terlintas di kotak fikiran aku sebelum ini.

Apa mungkin yg aku lalui skrg hanya sebuah fasa. Fasa di mana aku tak merindui seseorang. Tidak membenci sesiapa dan tidak juga simpan apa2 perasaan pada mana-mana orang?

Hurmmmmmmm... Aku menghela panjang.

Kalau betul, mahu sekali aku terus begini tapi sepertinya hukum alam aku tak boleh janji selamanya.

Samada awanan yg gelap dan sarat ku perhatikan itu tadi berlalu dibawa angin atau ditetapkan untuk berhenti di sini meluahkan muatannya, membasahi sudut bumi yg aku tumpangi. Tidak akan dapat dihalang. Dipercepat atau diperlambatkan.

Bulan dipagari bintang. Pulau dikelilingi lautan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...