Langkau ke kandungan utama

Destinasi Baru

Tamatnya percutian di Krabi tempohari menandakan tamatnya angan-angan lampau.

Aku dah sampai ke lokasi penggambaran Memories of Bali. Dah selfie padi teres di Tegalalang. Menonton tarian kecak di Uluwatu. Menyelusuri tasik air tawar terbesar Tonle Sap yg selama ini hanya aku baca dalam buku teks geografi. 

Candi Borobudur dan Angkor Wat yg aku suatu masa dulu kagumi melalui halaman buku sejarah kini menjadi peri dalam belog ku. 

Dan yg baru lepas ke Krabi di mana lokasi filem The Beach dan Kaho Na Pyaar Hai dibuat!

Filem Kaho Na Pyaar Hai tu aku baru tau. Tengok dalam filem lakonan Hitrik Roshan tu lokasi masa tu nampak lebih dara dari skrg. Tau jelah dah popular kompom serata dunia nak merasa keindahan lokasi seperti yg dipaparkan dalam layar perak.

Semuanya dah berlalu dan bila sembang-sembang dengan geng travel baru2 ni aku terinspirasi utk mencipta angan-angan baru.

Ekceli bukanlah angan-angan baru pun. Lama dah as long as I remember sebab keinginan yg sudah lama terpendam tetapi tidak terpadam oleh waktu.

Mungkin keinginan ini boleh memandu aku untuk mengatur rancangan ke destinasi baru... Kalau tersasar sasaran boleh semak je balik nanti.

Inshaallah kalau tersasar sekalipun jalan untuk mereliasasikan mimpi itu akan selangkah lebih dekat.


Seingat aku lah satu yang aku selalu teringin nak alami adalah suasana Cherry Blossom. Bila cakap cherry blossom perkara pertama yg terlintas dulu adalah Jepun. Namun skrg ada bbrp lokasi lain yg lebih murah kalau nak menikmati cherry blossom: Korea dan juga Chiang Mai di Thailand.

Korea macam mainstream sikit kan? Tapi kalau dapat pergi Chiang Mai mesti ada lah yg nak follow tuh.

Melancong ni bukan sahaja nak berselfie, bikin video tetapi untuk mendekati budaya sesebuah negara. Kalau Jepun, aku sudah tentulah berminat dengan dunia fantasi dan misteri wanita-wanita Geisha seperti dalam novel Memoirs of a Geisha.

Pergi melancong ni bukan sahaja menghayati budaya malah juga pergi utk tengok monumen bersejarah.

Aku sangat tertarik dengan piramid-piramid di Giza dan apa sahaja pasal Mesir Purba membikin aku teruja. Tidak hairanlah kalau dulu2 masa sekolah pernah ditayangkan satu drama Arab berlatar zaman nabi Musa jadi kegilaan aku.

Itu tak cakap lagi pasal, The Mummy lakonan Brenda Fraser, Cleopatra lakonan Elizabeth Taylor dan juga filem Exodus: Gods and King.

Setakat ni kurang 10% yg kita tahu pasal Mesir Purba.

Rasa banyak monumen2 menarik lagi tinggalan Mesir Purba yg boleh dikunjungi. Kalau ada rezeki nak pergi kedai Piza Hut yg menghadap Piramid-piramid Giza tuh... Nak bergambar di situ.


Makan piza pun boleh kut... Mesti halal kan negara Arab plak tuh.

Dibesarkan dengan filem-filem Hindi rasanya takan terlepas mendengar perkataan Taj Mahal, monumen agung cinta Shah Jahan kepada Isterinya Mumtaz Mahal. Meskipun ada kelompok yg mengatakan bukan Shah Jahan yg membina Taj Mahal tetapi kisah begini membuatkan kita berkhayal tentang betapa kuatnya perasaan cinta seseorang.

Yalah cinta bini ke no 2.

Zaman si Shah Jahan ni mmg terkenal dengan tradisi menempatkan makam org penting di monumen yg ditawan.

Kalau betul dakwaan org tertentu, kita sebenarnya sedang memuji keindahan bekas sebuah kuil yg terpadam dalam sejarah di Agra.

Tau lah dulu2 ni orang Hindu di jajah oleh pendatang Islam yg menakluk dan memusnahkan kuil-kuil mereka.


Kuil atau tidak, dapat bergambar macam ni pun jadilah... Hahaha... Tengok kat belakang tu hamvoi bukan main semua nak selfie lettew dengan Aish.

Sebut Taj Mahal di Agra rasa tak lengkap kalau tak sebut Kahsmir.

Kahsmir ni aku tertarik sejak membaca tafsiran dan teori yg menafikan kedatangan kedua nabi Isa as.

Aku beriman dengan kelahiran ajaib nabi Isa as tanpa bapa, tapi aku meragui tafsiran ayat al-quran berdasarkan bbrp potong hadis yg mengatakan nabi Isa as diangkat ke langit.

Kedudukan nabi Isa as diangkat darjatnya dan wafatnya di sebuah syurga di Kashmir.

Dari apa yg aku baca, India ada lah lokasi bergelandangan nabi Isa sewaktu dia berumur 13 hingga 30 tahun.

Alangkah bestnya kalau dapat pergi ke makan nabi Isa dan bondanya di Kashmir.

Ewah orang gi Kashmir untuk menikmati keindahan alam aku pula nak menjejak sisa2 kewujudan nabi Isa di India.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...