Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Nuai & Suri

Terima jemputan ke majlis persandingan Nuai & Suri dalam dua minggu sudah. Bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian pada 22.12.18, kami pun sekonyong-konyongnya datang. Ikut hati aku, mmg tak suka pergi majlis2 begini. Majlis yg boleh memurungkan bila bukan sekali kau akan ditanya "kau bila lagi?". Semua tuh aku ketepikan memandangkan ini juga masa yang sesuai untuk jumpa rakan-rakan sekelas dulu yg dah 22 tahun tak jumpa. Nak harap buat gathering apa ke, mmg payah sikit nak berkumpul. Ada jugak sound2 yg lain datang tapi takde respon. Mana yg dpt jumpa tu kita selfie jelah. Tiga kali jugak naik atas pelamin bergambar. Cuma kali kedua dan ketiga pakai kamera sendiri. Teruja sangat jumpa pengantin dan kawan2 lupa nak hulur henfon sendiri. Yg tak disangka Suzy dan Olen... Apa lagi, lompat naik pelamin lagi lah bergambar. Boleh jadi highlight tahun 2018 lah ni. Harap jodoh Nuai dengan isteri berpanjangan lah ya. Nuai ni pun panjang betul kisah per...

Jogja Aku Datang!

Alhamdulillah! Hujung bulan Mac tahun depan, jika tidak ada aral melintang, aku akan berkunjung ke Jogja lagi. Kunjungan pertama tahun 2016 semacam tidak cukup, membuat aku merancang terbang sekali lagi tahun depan. Kenapa tidak cukup? Mana tidak cukup, Gudeg dan Bakpia pun tak sempat jangkau. Kunjungan kali ni akan ulang semula destinasi-destinasi utama yg pernah aku pergi sebelum ni. Antaranya Candi Borobudur, Candi Prambanan, Kraton Ratu Boko dan Tamansari. Bagaimanapun, lawatan kali ni akan dilebihkan kepada destinasi-destinasi yg boleh dicapai melalui kaki. Singgah2 Mall, beli CD atau Bluray ke.... Makan2 tu sudah tentu selain melepaskan rindu kepada Geprek Mas Bowo di jalan Malioboro. Aduh rangup dan pedasnya burung dara bikin aku terkenang-kenang. Selain itu aku mahu jugak singgah lokasi-lokasi baru sekitar Prambanan; seperti Canti Ijo, Candi Plaosan dan Candi Sewu. Tiket dan penginapan semua dah beli ni. Tinggal nak sediakan duit poket je. Baki duit perta...

Misi Menawan Aki

Alhamdulillah aku selamat kembali selepas percubaan menawan Aki buat kali kedua 24 - 25 November lepas. Sesampai rumah Ahad, 25 November tu aku terus tak sedap badan. Aku cuba untuk tak layan sangat tak sedap badan tuh tapi selepas aku lelap mata sekejap gitu, tetiba aku terbangun dan terjeluak segala isi perut. Krem jugak perut aku dibuatnya sekejap. Terasa segala six packs yg aku tak tau pernah wujud di perut aku sebelum ni. Inilah akibat nafsu. Masa makan buffet lunch lepas menuruni gunung Kinabalu aku hantam minum jus nanas banyak-banyak. Org dugal pantang minum jus nanas! Perut memulas badan pula panas. Aku fikir tidur badan okeylah tapi rupanya tidak. Keadaan masih tak berubah esok paginya walaupun aku cuba isi masa waktu dengan tidur. Menjelang petang aku wasap pesan yg aku mungkin akan tambah cuti. Disebabkan perut aku meragam dan tak nak perut kosong aku cuba untuk makan yg ringan2 sahaja dulu. Petang tuh aku teguk protin kocok dan ajaibnya selepas tuh demam ...