Langkau ke kandungan utama

Misi Menawan Aki

Alhamdulillah aku selamat kembali selepas percubaan menawan Aki buat kali kedua 24 - 25 November lepas.

Sesampai rumah Ahad, 25 November tu aku terus tak sedap badan. Aku cuba untuk tak layan sangat tak sedap badan tuh tapi selepas aku lelap mata sekejap gitu, tetiba aku terbangun dan terjeluak segala isi perut.

Krem jugak perut aku dibuatnya sekejap. Terasa segala six packs yg aku tak tau pernah wujud di perut aku sebelum ni.

Inilah akibat nafsu. Masa makan buffet lunch lepas menuruni gunung Kinabalu aku hantam minum jus nanas banyak-banyak.

Org dugal pantang minum jus nanas!

Perut memulas badan pula panas. Aku fikir tidur badan okeylah tapi rupanya tidak.

Keadaan masih tak berubah esok paginya walaupun aku cuba isi masa waktu dengan tidur. Menjelang petang aku wasap pesan yg aku mungkin akan tambah cuti.

Disebabkan perut aku meragam dan tak nak perut kosong aku cuba untuk makan yg ringan2 sahaja dulu.

Petang tuh aku teguk protin kocok dan ajaibnya selepas tuh demam aku kebah.

Selasa tu demam aku dah okey, kaki pun dah boleh diluruskan. Rabu tuh aku dah turun kerja seperti biasa meskipun masih ada sengal2 kat kaki. Perut masih berangin tapi masih boleh dikawal.

Dilayan sangat mmg tak turun kerjalah aku.


Dalam hati berbisik jugak rasa sesal mendaki hari tuh. Tengok orang lain lincah macam lipas kudung. Aku selaju manapun tetap berkali-kali dipotong.

Nak dikira menyesal tak jugak. Aku enjoy pendakian kali ni. Semangat aku tak patah walau hujan turun mengigit kesabaran.

Semangat bukan masalah aku rasanya. Takde semangat or support aku boleh motivasi diri sendiri. Seperti yg terjadi masa tu bila semua ahli grup pendakian aku tinggalkan aku dibelakang. Just jangan ada yg matikan semangat tuh cukuplah!


Namun setinggi mana pun semangat, aku kena lihat diri balik. Apa yang menghalang aku untuk sampai ke puncak kali ni.

Berbanding yg pertama kali, kedua kali ni aku ada buat sedikit training... hiking & jogging. Sepatutnya takde masalah sangat, tapi aku selalu lupa yg aku ni ada asma. Tu lah tak sedar dirikan?Nak jugok mendaki walau ada asma.

Asma ni yg menyebabkan aku cepat mengah dan letih; menghadkan aktiviti lasak aku.

Kedua, ada peraturan baru untuk mendaki ke puncak.

Selepas sampai di Laban Rata untuk berehat. Pendaki akan bermalam sebelum menyambung semula pendakian ke puncak pada pukul 2.30 pagi.

Semua pendaki perlu sampai ke checkpoint pertama, Sayat Sayat, sebelum pukul 5.00 pagi.

Pendaki yg sampai Sayat Sayat selepas pukul 5.00 pagi tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Low's Peak.

Sebelum jam 7.00 pagi, semua pendaki dikehendaki turun semula ke Laban Rata.


Kalau tidak faktor ke dua ni mungkin aku boleh santai aje mendaki. Samapi ke tak tak dipuncak itu bukan isunya. Aku halfway mendaki ke Sayat Sayat jam pun sudah menunjukkan 4.45 pagi. Mmg nak ke puncak tu mmg takdelah kalau baru separuh.

Ketiga, malim gunung yg tak supportive.

Yg aku sesali, malim gunung aku masa tu tak begitu supportive. At least dia bagi semangat aku untuk sekurang-kurangnya sampai Sayat Sayat.

Tapi reaksi pertama bila malim gunung dipanggil, "kamu mau turun sudah?", menyebabkan hati aku sedikit remuk padahal aku nak tanya berapa jauh sudah pendakian aku.

Didepan aku ada juga seorang pendaki yg dipimpin dan diberi semangat untuk teruskan perjalanan oleh malim gunungnya. Aku tak perlulah sampai macam tuh, setakat cakap sedikit lagi nak sampai pun sudah cukup utk membakar semangat aku ke puncak.

Ini sibuk main henfon.


Disebabkan aku paksa jugak diri untuk cepat, dalam gelap kaki aku terpelecok beberapa kali. Head lamp aku pulak putus talinya.

Malim gunung yg mengiring aku buat tak tau saja.

Betul-betul dugaan aku kali ni. Fedap sangat-sangat gaya malim gunung begini. Dari semangat setinggi gunung menjunam jatuh ke bumi.

Aku perhatikan head lamp dlm tiga buah di depan, dari situ aku putuskan untuk turun. Aku punya concern masa ni bukan lagi naik ke atas, tapi menuruni gunung nanti.

Turun balik ke Laban Rata pun aku sendiri-sendiri tau!


Aku selamat sampai di pondok Timpohon, di bawah dlm pukul 2.30 ptg.

Selepas apa yg terjadi ni, aku rasa macam tak nak mendaki dah. Tapi jauh di sudut hati ada jugak kepengen nak pergi lagi.

Mungkin bukan rezeki aku kali ni. Mana tau akan datang rezeki aku dengan grup lain pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...