Alhamdulillah!
Hujung bulan Mac tahun depan, jika tidak ada aral melintang, aku akan berkunjung ke Jogja lagi.
Kunjungan pertama tahun 2016 semacam tidak cukup, membuat aku merancang terbang sekali lagi tahun depan.
Kenapa tidak cukup?
Mana tidak cukup, Gudeg dan Bakpia pun tak sempat jangkau.
Kunjungan kali ni akan ulang semula destinasi-destinasi utama yg pernah aku pergi sebelum ni. Antaranya Candi Borobudur, Candi Prambanan, Kraton Ratu Boko dan Tamansari.
Bagaimanapun, lawatan kali ni akan dilebihkan kepada destinasi-destinasi yg boleh dicapai melalui kaki. Singgah2 Mall, beli CD atau Bluray ke....
Makan2 tu sudah tentu selain melepaskan rindu kepada Geprek Mas Bowo di jalan Malioboro. Aduh rangup dan pedasnya burung dara bikin aku terkenang-kenang.
Selain itu aku mahu jugak singgah lokasi-lokasi baru sekitar Prambanan; seperti Canti Ijo, Candi Plaosan dan Candi Sewu.
Tiket dan penginapan semua dah beli ni. Tinggal nak sediakan duit poket je.
Baki duit pertama kali ke Jogja pun masih ada lagi... Satu juta aku dah tukar ke duit Malaysia. Yg kecik2 ni je aku simpan.
Rasa duit yg aku bawa nanti pun bakal sama juga macam sebelum ni 3 juta rupiah. Atau mungkin lebih apa salahnya kan? Ada baki boleh bawa lagi ke destinasi seterusnya. Aku pikir2 macam nak ke Bali pula akan datang.
Awal2 rancang senang nak menabung!
Oh ya kali ni aku ke Jogja mengiring kawan yg teringin sangat melihat Borobudur. Disebabkan aku mmg mahu pegi lagi jadi menyelitkan diri lah jugak. Kalau boleh nak menikmati matahari terbit di Borobudur.
Harap aku trip kali ni bukan sahaja dapat melarikan diri dari suasana kerja di Malaysia tapi mengisi banyak ilmu di dada tentang sejarah kota istimewa di Indonesia ini: Jogjakarta.
Jogja aku datang lagi!

Ulasan
Catat Ulasan