Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 5

Untuk hari ke lima ni kami sekali lagi perlu travel keluar dari Bangkok. Destinasi bertujuan ke Ayutthaya. Di Ayutthaya ni kami nak berkunjung ke Ayutthaya Historical Park. Ayuttaya ni dulunya adalah pusat pemerintahan Siam sebelum dimusnahkan oleh serangan bertubi-tubi Burma ke atas Ayutthaya pada 1767. Untuk sampai ke Ayutthaya ni cara paling murah adalah dengan menggunakan keretapi. Asalnya aku mahu gerak seawal pukul 7.30 pagi, tapi memikirkan tidak perlu tergesa-gesa aku cadangkan kami ambil keretapi pada pukul 8.20 pagi. Sempatlah nak bersarapan di hotel tiga round sekadar buah2 dan roti je. Yg lain tu takut tak halal pulak. Sebelum bergerak ke Stesen Keretapi Hua Lumphong kami singgah dulu di Petchaburi Soi 7 tapau lunch. Siap2 dah beli takut di Ayutthaya nanti tak jumpa kedai jual makanan halal. Dah siap tu kami pun berinut ke Stesen Keretapi dengan menaiki Grab. Sesampai saja di stesen keretapi Adhie terus ke kaunter beli 4 tiket. Murah sahaja sekepala 20 baht...

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 4

Ikutkan rancangan awal dulu hari ke 4 ni la trip kami berempat baru bermula. Apa pun itu semua berubah bila Adhie buat rancangan dia sendiri. Adhie nak ambil pengalaman berkeretapi ke Bangkok. Sebelum Bangkok dia singgah Hatyai dulu. Walaupun aku diam-diam tidak setuju dengan rancangan Adhie ni, aku protes dgn mengatur sendiri solo trip aku. Looking back, I'm glad I did. Asalnya kami nak teroka kota Bangkok sahaja. Sepanjang satu tahun merancang dan buat tinjauan melalui youtube dan internet, pelan tu lama-lama berubah. Dua hari kami di Bangkok kami rancang untuk buat trip luar Bangkok. Melihat keadaan ni aku rasa mcm tak sampai target asal untuk menikmati kota Bangkok, jadi mahu tak mahu aku beli tiket baru, terbang tiga hari lebih awal. Trip kali ni sepatutnya ada bertambah lagi dua orang. Atas sebab-sebab yg tak perlu aku ceritakan di sini dua-dua membatalkan perjalanan kemudiannya. Biarpun rasa mcm sedikit hampa, tapi dari segi aturan transport aku rasa lagi sen...