Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 4

Ikutkan rancangan awal dulu hari ke 4 ni la trip kami berempat baru bermula. Apa pun itu semua berubah bila Adhie buat rancangan dia sendiri.

Adhie nak ambil pengalaman berkeretapi ke Bangkok. Sebelum Bangkok dia singgah Hatyai dulu.

Walaupun aku diam-diam tidak setuju dengan rancangan Adhie ni, aku protes dgn mengatur sendiri solo trip aku.

Looking back, I'm glad I did.

Asalnya kami nak teroka kota Bangkok sahaja. Sepanjang satu tahun merancang dan buat tinjauan melalui youtube dan internet, pelan tu lama-lama berubah.

Dua hari kami di Bangkok kami rancang untuk buat trip luar Bangkok.

Melihat keadaan ni aku rasa mcm tak sampai target asal untuk menikmati kota Bangkok, jadi mahu tak mahu aku beli tiket baru, terbang tiga hari lebih awal.

Trip kali ni sepatutnya ada bertambah lagi dua orang. Atas sebab-sebab yg tak perlu aku ceritakan di sini dua-dua membatalkan perjalanan kemudiannya.

Biarpun rasa mcm sedikit hampa, tapi dari segi aturan transport aku rasa lagi senang kalau berempat.

You do the math.

Dah masuk hari ke 4 ni aku dah mula terbiasa dengan rutin harian di Bangkok. Kalau seminggu lagi rasanya dah macam kampung halaman!

Siap sarapan di hotel, kami bercadang untuk menapau makanan di Petchaburi Soi 7 untuk dibawa ke destinasi kami hari tu, SAMUT PRAKAN.

Tak tahu mana nak carik makanan halal di Samut Prakan jadi tapau lah siap2.


Makcik ni jual nasi pulut dengan ayam goreng rempah dengan harga 35baht sahaja.

Konon jelah menapau. Tapi sampai destinasi kami di Muang Boran (aka Ancient Siam) sesambil tunggu ticketing bukak pada pukul 9 pagi cari tempat duduk selesai nasi pulut ayam rempah aku.


Rasa kalau tak melahap tapau tu pagi tu mmg terus bawak balik jugak hotel macam Adhie. Serius, tak sempat nak makan. Banyak tarikan yg nak dituju.

Destinasi kami pagi tu agak jauh, luar Bangkok, Samut Prakan.

Destinasi pertama Muang Boran.

Cara paling murah nak pergi Muang Boran adalah dengan mengambil BTS Sukhumvit Line. Macam kami ni stesen pertama kami di Ratchatewi. Dari stesen Ratchatewi tu ambil yg menuju ke stesen terakhir di Kheha.

Kami ada tukar dua kali BTS sbb tren kami tak terus ke Kheha. Tak tunggu lama pun sekejap je.

Sampai BTS Kheha kami ambil Soengtam No 36 untuk ke Muang Boran. Bagi tahu pemandu nak ke Muang Boran nanti dia turunkan di hadapan pintu masuk Muang Boran.


Tiket dah beli siap2 jadi tinggal nak tebus je di kaunter tiket. Aku beli kat Klook tak silap dengan harga RM66 kombo sekali dengan tiket masuk ke Erawan Museum.

Erawan Museum adalah destinasi kedua.

Rm66 tu bagi aku kira murahlah. Tengok kat KKday harga satu kepala RM111 (percuma samada nak guna basikal atau buggy cart).

Muang Boran ni luas, jadi tak sesuai berjalan kaki untuk ke setiap tarikan.


Kami ni pulak teruja nak berbasikal jadi perlu tambah 50baht jelah seorang walaupun staf kat sana pada mulanya cadangkan kami ambil buggy cart. Sewa satu buggy cart tu hanya 350baht je.

Muat 4 org. Tak le penat mengayuh! But less the fun.


Bukan kami nak berjimat ke apa tapi teruja nak berbasikal dalam Muang Boran.

Apa yang kami tak tahu, cuaca di Bangkok masa tu sangat panas. Berbasikal dalam suasana begitu memang buat aku hangus.

Kenapa kami pergi Muang Boran ni?

Muang Boran ni menempatkan lebih seratus binaan samada replika asal, creative construction or actual structure seluruh Thailand.


Setiap binaan pula diletakkan sebagaimana ia berada di peta Thailand.

Muang Boran itu sendiri bentuknya seperti peta Thailand.

Jadi bila berada di Muang Boran ni seolah-olah seperti pusing satu Thailand lah jugak!










Puas bergambar di Muang Boran kami pun bergerak menggunakan Grab ke destinasi seterusnya Erawan Museum.

Sini takde banyak sangat yg nak ditengok tapi kagum jugak tgk keunikan rekabentuk muzium yang dipundaknya ada seekor gajah gergasi berkepala tiga.

Erawan Museum ni menempatkan artifak keagamaan koleksi pemilik Muang Boran seorang jutawan Lek Viriyaphant.






Selesai di Erawan Museum menandakan tamatlah sudah trip kami hari tu. Esok kami jalan jauh lagi tapi kali ni menggunakan keretapi!


Sebelum tinggalkan Samut Prakan dari Stesen BTS Chongsi Erawan, sempat lagi snap nak bg gambaran kat korang betapa besarnya arca gajah tiga kepala tu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...