Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 5

Untuk hari ke lima ni kami sekali lagi perlu travel keluar dari Bangkok. Destinasi bertujuan ke Ayutthaya. Di Ayutthaya ni kami nak berkunjung ke Ayutthaya Historical Park.

Ayuttaya ni dulunya adalah pusat pemerintahan Siam sebelum dimusnahkan oleh serangan bertubi-tubi Burma ke atas Ayutthaya pada 1767.

Untuk sampai ke Ayutthaya ni cara paling murah adalah dengan menggunakan keretapi.

Asalnya aku mahu gerak seawal pukul 7.30 pagi, tapi memikirkan tidak perlu tergesa-gesa aku cadangkan kami ambil keretapi pada pukul 8.20 pagi.

Sempatlah nak bersarapan di hotel tiga round sekadar buah2 dan roti je. Yg lain tu takut tak halal pulak.

Sebelum bergerak ke Stesen Keretapi Hua Lumphong kami singgah dulu di Petchaburi Soi 7 tapau lunch. Siap2 dah beli takut di Ayutthaya nanti tak jumpa kedai jual makanan halal.

Dah siap tu kami pun berinut ke Stesen Keretapi dengan menaiki Grab.


Sesampai saja di stesen keretapi Adhie terus ke kaunter beli 4 tiket. Murah sahaja sekepala 20 baht.


What time, aku tanya sekali lagi untuk mengesahkan masa bertolak.

Et tawanti, jawab jurutiket.

Lapan dua puluh kut, tebak aku sendiri. Kat Thailand ni cakap apa pun bunyi Thai.

Kami sampai sebelum pukul 8 pagi, jadi ada masa lagi nak ronda2 di ruang ligar. Tengah pose gambar tu tiba2 kedengaran seakan pengumuman. Serentak dengan itu juga, semua yang berada di ruang ligar berdiri.

Kebetulan kami berempat mmg tengah berdiri jadi terus saja pegun di posisi.

Sangat patriotik orang-orang Thailand ni kan. Pasang lagu negara semua berdiri tanda hormat.

Tgh ralit melihat suasana penumpang yg keluar masuk kami hampir lupa yg waktu berlepas keretapi sudah tiba.

Laju lah kami berlari lagaknya seperti peserta Amazing Race mencari mana satu keretapi kami. Dah masuk dlm keretapi kami pun labuhkan punggung di tempat duduk kosong.

Ada yg aku tengok berdiri saja biarpun masih ada tempat duduk yg belum diisi.

Tapi aku simpan saja soalan tu dalam hati dan mengambil semua momen itu dalam memori. Maklumlah pertama kali naik keretapi kan?

Masa konduktor sampai semak tiket baru kami tahu yg rupanya tiket kami tu STANDEE TICKET. Adalah dua member terpaksa berdiri sebab tempat duduk mereka dituntut oleh pembeli tiket yg beli seat tu dalam separuh perjalanan.



Aku tetap duduk sepanjang perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit tu. Syukur!

Sesampai di hentian Ayutthaya kami dapatkan peta di kaunter maklumat. Melangkah keluar kami diserbu dengan supir-supir yg sedia menawarkan khidmat mereka.


Ada bbrpa cara untuk day trip di Ayutthaya Historical Park ni. Memandangkan kami ni tak lama sangat dan kawasan ini luas, yg paling mudah adalah dengan mendapatkan khidmat supir.

Lepas keluar tu mmg boleh dah dptkan khidmat tu, tapi aku rasa yg ada didepan ni agak agresif. Malas nak tawar menawar kalau diasak byk orang... jadi aku cdngkan supaya kami menyeberang sungai dulu dgn bot (sebenarnya tak perlu pun).

Keputusan ni aku rasa tak merugikan sebab bila kami sampai diseberang kami didekati oleh seorang supir... pakcik Yusof.

Assalamualaikum sapa pakcik tu.

Senang hati kami bila tahu pakcik Yusof juga seorang muslim. Maka sebelum kami mulakan tour kami awal2 dah mintak dia bawak kami nanti lunch di kedai makan halal.

Sayangnya pakcik Yusof ni tak pandai cakap Melayu... Tak pandai ambil gambar...

Selesai bincang itu ini, kami pun memulakan day trip sekitar 10.15 pagi.

Hightlight kunjungan kami hari tu adalah semasa berada di Wat Chaiwattanaram.

Wat Chaiwattanaram ni bukan sebahagian dari Ayutthaya Historical Park. Puing wat ni berada di seberang "pulau" Ayutthaya.

Ayutthaya ni di kelilingi oleh 3 sungai tak silap aku. Menjadikan ia berada seperti di sebuah pulau.

Di tebing sungai Chao Phraya itulah terbangunnya wat gah diberi nama Chaiwattanaram.

Dalam panas mengelegak tu aku redahi jugak. Malah kami siap menyewa baju tradisional lagi utk digayakan disekeliling puing wat.



Sebetulnya aku tak berapa nak enjoy sgt lawatan ke Ayutthaya Historical Park ni disebabkan keadaan dah terlalu panas.

Yg paling ideal aku rasa adalah dgn bermalam di Ayuthaya dan cuba lari dari terik matahari dgn melawat kawasan sekitar pada sebelah pagi dan senja.

Dan yg ditunggu-tunggu sudah tentulah bergambar dengan kepala Buddha yg terselit kat batang pokok tuh.


Muka pun dah macam udang rebus sama merah dah dengan kaler baju. Lantak lah jauh2 dari Sabah nak pergi tengok benda ni terus jelah ambil gambar sekali.

Kepala Buddha yg terselit kat batang pokok ni berada di destinasi terakhir kami hari tu... Wat Mahatthat.

Banding puing-puing wat yg lain wat ni agak popular dan mempunyai byk kemudahan termasuk gerai ole2 dan cenderamata.

Aku sebetulnya tak terbeli apa pun selama berada di Bangkok. Tak tau nak beli apa sebab barang2 yg ada lebih kurang sama aje mcm yg ada di Krabi.

Tak nak balik dengan tangan kosong akhirnya aku beli jugak FM di Airport. Mmg nak rancang shopping2 sikit di Bangkok tapi mcm takde nafsu nak beli apa.

Balik Malaysia aku bawak baki lebih 3K baht.

Kami kembali ke hentian keretapi Ayutthaya sebelum pukul 2 ptg. Ikut jadual keretapi berikutnya ada lah pukul 4. Kami pun sebenarnya dah tak tahan dengan panas bagus lepak2 je di hentian tu sejuk sikit sambil beli minuman2 sejuk.

Bila sampai di kaunter pembelian tiket, jurutiket bagitau keretapi 1.30 tak sampai lagi.

Ini berita baik!

Sekitar 2.30 gitu keretapi yg sepatutnya sampai sejam lepas sudah tiba dan kami pun naik keretapi itu utk balik ke Bangkok.

Dlm pukul 4 ptg kami sampai semula ke Bangkok.

Alhamdulillah selesai jugak trip Bangkok. Malamnya kami santai2 jalan2 ke Asiatic Waterfront dan jugak IconSiam.

Hingga ke destinasi berikutnya. Jumpa lagi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...