Langkau ke kandungan utama

Terkenang-Kenang Yg Dulu-dulu

Bila ada terbaca ciapan pasal sibuknya jadi pelajar universiti ni aku pun terimbau zaman dulu-dulu. Serasa singkat, semacam tidak banyak memori yg dpt dicipta. Masa pula telah memamah memori. Bila byk wajah2 yg terakam dlm ingatan, kau dah semakin susah nak namakan siapa... Itu tandanya kau dah makin tua. 

Rumah kata pergi, kubur kata mari. Jom trobek!

Seingat aku kami batch pertama yg menempuh program matrikulasi setahun. Tempoh asal program adalah DUA TAHUN.

Habis setahun, kami terus lanjutkan pengajian ke ijazah yg disingkatkan jga dari empat tahun ke 3 tahun.

Ramai yg melihat ni satu perkembangan terbaik. Dalam usia muda dah ada ijazah. Dah boleh cari kerja bagus.

Sebaliknya perkembangan ini meningkatkan kebanjiran bekas graduan yg rata-rata jadi penganggur.

Ironinya, tahun-tahun berikutnya selepas aku dah tamat pengajian ada pula program utk graduan menganggur.

Masa tu aku dah bekerja dan berdepan era baru digital... henfon pintar dan media sosial.

Media sosial memang mencandukan. Ia jadi platform utk berkongsi kehidupan, tapi ia sendiri tidak boleh mencipta memori.

Itu sebab kenangan yg kita sediri alami jadi sesuatu yg tidak dapat dibandingkan. Ia sangat peribadi dan tidak boleh didigitalkan.

Nak ingat semua ni susah sikit... Maklumlah matrikulasi dah terjadi 24 tahun yg lalu... Aku hanya kongsikan 10 kali ni bersama individu yg pernah mewarnai perjalanan menjadi tikus makmal... Lain kali boleh tambah kalau ada yg ingat.

  1. Aku sampai UUM sehari lebih awal. Masa menunggu penerbangan ke Alor Setar aku berkenalan dengan tiga org pelajar dari Sarawak. Salah seorang dari mereka, Brenda, jadi classmate aku semester pertama. Lepas habis semester pertama kami dah tak berhubung dan hanya jumpa balik di pesbuk beberapa tahun sudah. Brenda ni dan sorang lagi classmate akan sentiasa balik awal bila kelas agama. Kebetulan kelas agama biasanya di waktu akhir. Yalah buat apa nak stay sebab bukan beragama Islam pun kan. But later, aku dapat tahu mereka memeluk islam... Alhamdulillah.
  2. Masa orientasi matrikulasi aku berkenalan dengan seorang pelajar dari Sabah. Kenal je kami terus klik gitu, sampai kawan2 bekas sekolah dia yg dpt masuk UUM pun jelos kitorang mesra mcm kenal rapat. Kecil je dunia ni, later dia jadi classmate aku semester kedua... nama dia Mohd Hamdani. Kenangan dgn dia ni yg aku tak boleh lupa bila kami duk sibuk sembang lupa dunia masa orientasi. Tengah sembang tu ada la bbrp nombor ic dipanggil utk dtg ke hadapan kerana belum tandatangan surat aku janji. Aku boleh lagi selamba cakap apa lah dah balik2 kena panggil pun tak datang depan. Bila aku berhenti bercakap dan dgr sebutir-sebutir angka yg disebut barulah aku sedar rupanya nombor ic yg disebut tu adalah nombor ic aku... Tak pasal2 aku jadi bahan lepas balik dari Dewan Mas.
  3. Seorang ni very social butterfly. Lepas orientasi dia datang bilik ke bilik berkenalan. Dia curious dgn nama aku yg unik gitu... Masa tu kami wajib bubuh nama penghuni di setiap bilik. Member ni plak nampak nama aku unik ada nama omputih belakang tu kan jadi dia pun ketuk dan masuk berkenalan. Nama kami lebih kurang sama je sebab ada zam jugak katanya... tapi masa tu aku tak ingat panggil dia apa sbb dia lebih popular dgn panggilan Butet lepas tu. Pernah juga la kami berselisih faham bbrp tahun. Demi kawan2 terpaksa la berbaik semula sebab kesian kawan2 ni bercerita mcm semua perjumpaan aku ada tapi sebenarnya tiada. I cannot make my friend choose side lah gitu. Kitorang masih berhubung sampai skrg.
  4. Dulu UUM panggil kolej utk penginapan siswa. Skrg tak silap panggil INAPSISWA. Kitorang yg awal2 ni dpt blok F di kolej Telekom. Wing aku tak ramai org... selang bbrp bilik aku berkenalan dgn dua org pelajar asal Kedah juga: Izhar dan Azhar. Macam nak beza ni nama lebih kurang tapi rupa tak sama langsung... Aku tengok Izhar yg tinggi lampai dan ingat initial letter nama dia huruf I jadi lekat lah sampai skrg. Izhar ni aku kenal lama lah jugak sampai master pun sama2. Azhar ni pulak bawak komputer masa matrik lagi dan dia tgh pasang satu lagu pelik jerit-jerit. Aku tanya lah siapa yg nyanyi tu sesambil beramah mesra dgn jiran kekdahnya gitu... Diorang dua pun tak tahu, lagu tu dah sedia ada dlm komputer katanya. Itu lah kali pertama aku dengar lagu Wannabe oleh Spice Girls. Bbrp tahun kemudian aku jadi peminat Spice Girls.
  5. Aku tak ingat pasal apa aku pergi kelas lain masa ni... Rasanya citer ni semester kedua. Classmate dulu dah tukar kelas kau pun cari dia di kelas lain. Masa datang satu kelas ni tengah tunggu depan pintu tu lah ada satu pelajar ni duk membelakang tengok. Akan ingat lah kan sebab warna mata kaler cekelat muda gitu. Mana lagi pandangan pun mcm ala2 menusuk kalebu... padahal dlm hati dia heran pasai apa mamat ni mai sini. Ni lah first time bertembung mata dgn org yg aku kemudian kenali sebagai Siti Salmah aka UntaKuning... Hehehehe... Sama2 ambil master dengan geng Senja dot com peminat filem-filem Hindi jugak ni. 
  6. Yg sorang ni asal Kedah tapi dia pernah duduk Sabah. Dia suka bergaul dgn pelajar dari Sabah sbb jiwa dia dah sebati dengan Sabah. Slang Sabah dia pun flawless seperti mukanya yg mulus. Kau berabis duit beli pencuci apa ntah ekstrak letak kat muka nak elak jerawat yet this person, has no worry. Air wuduk je is understatement. Aku kenal dia ni masa orientasi lagi. Dia berada di barisan hadapan disebabkan dia terpaksa bertongkat. Pernah eksiden motor suatu ketika dulu. Logiknya letak yg kurang sihat atau yg kurang upaya di hadapan supaya mereka ni tak ketinggalan dalam barisan. Jadi semua akan bergerak sama laju sama perlahan dengan mereka yg di hadapan. Aku tak tahu mcm mana nak cari dia ni... terputus hubungan. Nama dia Firdaus.
  7. Masa dah sampai di UUM kami disambut bbrp org senior. Sambil angkat brang ke bilik mereka nasihatkan kami utk tukar bilik masa pendaftaran kalau tak suka bilik yg diberi hari tu. Antara senior tu nanti ada yg jadi ahli kumpulan nasyid Firdaus: Idzwan dan Rasul. Suffian yg sampai sekali aku hari tu tukar bilik esoknya... Aku pulak entah kenapa rasa serasi kekal dibilik yg sama. Aku dapat roommate org Perlis... Disebabkan tagline dia Fungkoq Hang. Aku panggil dia Din Fungkoq. Nama sebenar Saifuldeen.
  8. Aku selalu study jgak dgn seorang lagi dari Sarawak... Nama dia Awang Rozaimie. Dia ni pun mcm tak berhubung lepas matriks. Mungkin dah kolej lain2 kan lepas lompat ke degree. Dia kekal di laluan B aku ke laluan A. Laluan ni bukan pilihan kehidupan... Laluan ni di mana terletaknya kolej2 penginapan yg terpisah di tengah2. Tapi masa kami rapat dulu selalu jga pegi cafetaria sama utk makan malam, atau kadang pegi perwaja tapau mi goreng belah malam... Mi tapau tinggi2 nak sembunyi ayam goreng bawah timbunan mi. Dah ayam tak nampak ko kena cas mi jelah. Jahat sungguh kan kami?
  9. Masa hari raya puasa pertama kali di UUM aku stay back. Maklumlah cuti bukan panjang dan tiket balik tak ditaja. Ada sorang budak Sarawak ni tak balik jugak masa tu, nama dia Iskandar jadi kami berdua jelah. Dia duk kolej Misc, aku duk kolej Telekom. Kdg2 aku lepak bilik dia tapi mcm rimas lah sbb dia masa tu tgh DAP dgn sorang lagi budak sarawak. Balik2 bukak kad ucapan yg ada muzik tuh. Ada masa tu dia ajak aku teman pecah masuk bilik gf dia. Bilik gf dia tu blok sebelah aku je. Dengan perpandukan cahaya bulan, kami mencari bilik gf dia. Masa ni mmg tera la bukak pintu pakai kad fon tuh. Skil wajib tau ni sgt perlu bila ko terkunci diri sendiri. Teringat dulu satu wing belajar mcm mana nak  buka bilik masing2 guna kad fon. Iskandar ni pun aku dah tak tau di mana skrg. Lost contact jgk meski apa yg kami lalui tu aku takan lupa sampai bila2.
  10. Nama dia tak silap Junainah. Classmate masa semester pertama matriks. Aku tak tau lah lepas tukar kelas aku dah tak pernah selisih dah dgn dia ni. Atau pernah tapi lupa gitu jer. Org Kedah jugak dia ni tapi yg bikin aku ingat dia sampai skrg sbb dia buat ramalan lepas tengok tapak tangan aku. Tengok tapak tangan dia kata aku temu jodoh dgn yg lebih berharta tapi dari segi pendidikan aku lagi bagus lah. Sori Junainah, ramalan kau setakat ni belum menjadi kepastian... Janji aku sihat dan selamat selepas pandemik kubis ni aku bersyukur... Tengok garis di tangan pun tergambar aku ni umur panjang kata Junainah.
Demikianlah panjang lebar dipagi buta ni buat entri mengenang kisah yg kau tak boleh ulang lagi. Ni baru matrikulasi belum lagi degree... Master toksah cakaplah lagi panjang dari matrik dan degree. Cerita jadi panjang tapi byk lompang sana sini. Kena duduk dengan kawan2 lama utk ingat balik kisah suka duka jadi student...

Sehingga ke entri akan datang... Jaga diri dimusim PKP ni.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.