Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Blues di PBKL2022

Aku ingat di PBKL2022 ni saja utk cuci2 mata. Takde la niat nak memborong buku atau apa pun. Sehinggalah aku ternampak buku ni kat rak. Terus teringat kat Buha yg setahu aku minat karya kartunis AIE (arwah). Dah minat kan belum lagi kita habis nak cakap dah respon. Bila cik Buha bagi green light utk belikan satu dan tanya ada tak lagi koleksi yg lain. Laju lah mulutku bertanya masa bayar di kaunter. Brother di kaunter tu cakap, akan umum di pesbuk dalam masa terdekat. Ada satu koleksi yg on the way printing . Jadi selama aku di KL, hari-hari la aku menapak di World Trade Centre. Hari terakhir aku di sana koleksi yg dimaksudkan dah terletak di rak... Aku apa lagi rembat lah terus. Teruja mengalahkan orang yg mengirim ha aku pun. Hepi kut sbb ada jgk SESUATU yg aku boleh bawak balik nanti. Jalan balik lepas beli tu pun macam ada ekstra spring je. Org yg selisih tgk aku pun lain macam. Hensem tak? Memandangkan aku beli 3 copy aku dapat free mug. Alhamdulillah. Ektra copy dan mug aku hadia...

PBKL2022

Kota Bharu BUKAN destinasi pertama aku tahun ni. Asalnya mmg nak ke Kota Bharu dulu bila semua SOP dah dilonggarkan. Atas sebab satu tempat yg aku nak pergi di sana baru dibuka untuk umum jadi aku tundakan dulu. Masjid Kampung Laut yg diangkat sebagai masjid tertua di Malaysia sebelum ini ditempatkan sementara di Nilam Puri. Pada Jun lepas, baru dipindahkan semula ke tapak asal yg telah dinaiktaraf sebagai Laman Seni Warisan. Sementara menunggu masa yg sesuai untuk Laman Seni Warisan beroperasi sepenuhnya aku pilih utk pergi ke EVENT yg berlangsung dlm tempoh lebih kurang sebulan lagi masa tu: PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2022 @ PBKL2022 Dari tunggu nak ke Kota Bharu... dapat jugak aku fly somewhere . Gian sangat dah nak terbang... Bayangkanlah setahun tak lebih tak ke mana2. Kali terakhir terbang dengan AA adalah ke Kuala Terengganu. Ronda-ronda sekejap tak sangka plak boleh terserempak dengan Lie & Eja. Bergambarlah kami sekeping dua. Ingat dulu2 Lie dan aku pernah satu rombongan buat...

Ke Kota Bharu

Trip yg dirancang Mac 2021, sebagai kesinambungan dari trip Kuala Terengganu, akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun tertunda ke Ogos 2022. Malam sebelum terbang ke Kota Bharu tu macam payah betul nak lelap. Aku rasa macam lebih kurang sejam gitu ja aku tidur. Bila sampai aku macam pening-pening lalat sikit. Begitupun aku tetap gigih menapak ke beberapa tempat sebelum ambil keputusan untuk tidur saja dulu. Sebelum qada' tidur, kawan satu Inapsis masa ngaji di UUM dulu kontek. Dia dapat tahu aku di Kota Bharu dan ajak jumpa. Ingat dia nak jumpa malam tu, tapi aku rasa baik besok sajalah sbb nak tidur awal.  Selesai mengopi di Kopitiam Kita, aku pun meluncur ke destinasi pertama... Semangat sungguh aku ke sini... ingat nak mendron lokasi pendaratan pertama Jepun di pantai Sabak. Sayangnya kawasan ni terlalu dekat dengan lapangan terbang Sultan Ismail Petra... Makanya aku gigit jarilah kecewa. Destinasi berikutnya pun sama tak boleh terbang juga. Masjid Ar-Rahman, Mukim Pulau Gaja...