Langkau ke kandungan utama

PBKL2022

Kota Bharu BUKAN destinasi pertama aku tahun ni.

Asalnya mmg nak ke Kota Bharu dulu bila semua SOP dah dilonggarkan. Atas sebab satu tempat yg aku nak pergi di sana baru dibuka untuk umum jadi aku tundakan dulu.

Masjid Kampung Laut yg diangkat sebagai masjid tertua di Malaysia sebelum ini ditempatkan sementara di Nilam Puri. Pada Jun lepas, baru dipindahkan semula ke tapak asal yg telah dinaiktaraf sebagai Laman Seni Warisan.

Sementara menunggu masa yg sesuai untuk Laman Seni Warisan beroperasi sepenuhnya aku pilih utk pergi ke EVENT yg berlangsung dlm tempoh lebih kurang sebulan lagi masa tu:

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2022 @ PBKL2022

Dari tunggu nak ke Kota Bharu... dapat jugak aku fly somewhere.

Gian sangat dah nak terbang... Bayangkanlah setahun tak lebih tak ke mana2. Kali terakhir terbang dengan AA adalah ke Kuala Terengganu.

Ronda-ronda sekejap tak sangka plak boleh terserempak dengan Lie & Eja. Bergambarlah kami sekeping dua.

Ingat dulu2 Lie dan aku pernah satu rombongan buat pameran di Word Trade Center ni. Congak2 dah 22 tahun pun berlalu. Anak dara Lie & Eja pun dah besar panjang. Kiranya ini kali pertama jugak aku pijak World Trade Center ni sejak sekian lamanya.

Untuk PBKL2022, ini adalah kali pertama.

Dah ke sini aku pun acah2 la pecinta buku.

Sebenarnya ada bbrapa program yg telah aku aturkan. PBKL2022 tu hanya alasan saja.

MinNature salah satu tempat yg aku pergi. Kita seolah-olah ke dunia lain tapi asasnya masih citra Malaysia. Setiap negeri di Malaysia diwakilkan dengan icon landmark masing2 dalam bentuk mini. Aku bertuah masa pergi ni awal pagi jadi hanya aku sorang je yg menikmati keunikan dunia kecil ni..

Berbeza pula di Aquaria KLCC. Pengunjung terlalu ramai, sampai tak senang kita gerak... tak langgar bahu dan siku mmg tak sah.

Ke Aquaria KLCC ni bagi melengkapkan pengalaman dalam air yg pernah aku alami di dua tempat yg lain: Underwater World Langkawi dan Sea Life Bangkok Ocean World.

Sudah tu boleh lah kita move on dengan hidup.

Akhir sekali aku ke Skybridge Twin Tower KLCC dan naik sampai tingkat 86. Lepas tu ingat nak ke Saloma Link tu tapi aku rasa capek sangat. Lagipun aku nak ke PBAKL2022 lagi... Ada janji dengan cik Buha nak belikan dia koleksi kartunis Arwah Aie.

Brother tu kata akan keluar lagi dalam bbrapa hari. Sementara aku di KL, aku check dah ada ke tak. Kalau ada aku beli.

Bergambar kenangan pada hari terakhir percutian di Chow Kit Road sebelum berangkat ke Seri Kembangan, rumah adik. Di situ bermalam satu malam sebelum berangkat balik ke Sabah esoknya. Pesta buku akan datang macam mana? Nak pergi lagi tak?

Tengok keadaan. Nanti yg lain-lain kita cerita di entri berikutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...