Langkau ke kandungan utama

Ke Kota Bharu

Trip yg dirancang Mac 2021, sebagai kesinambungan dari trip Kuala Terengganu, akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun tertunda ke Ogos 2022.

Malam sebelum terbang ke Kota Bharu tu macam payah betul nak lelap. Aku rasa macam lebih kurang sejam gitu ja aku tidur. Bila sampai aku macam pening-pening lalat sikit. Begitupun aku tetap gigih menapak ke beberapa tempat sebelum ambil keputusan untuk tidur saja dulu.

Sebelum qada' tidur, kawan satu Inapsis masa ngaji di UUM dulu kontek. Dia dapat tahu aku di Kota Bharu dan ajak jumpa. Ingat dia nak jumpa malam tu, tapi aku rasa baik besok sajalah sbb nak tidur awal. 

Selesai mengopi di Kopitiam Kita, aku pun meluncur ke destinasi pertama...

Semangat sungguh aku ke sini... ingat nak mendron lokasi pendaratan pertama Jepun di pantai Sabak. Sayangnya kawasan ni terlalu dekat dengan lapangan terbang Sultan Ismail Petra... Makanya aku gigit jarilah kecewa.

Destinasi berikutnya pun sama tak boleh terbang juga. Masjid Ar-Rahman, Mukim Pulau Gajah, Sabak. Mampu bergambar-gambar jelah. Masjid ni pun berada di kawasan zon tidak boleh terbang.

Cuaca pun macam suram aje. Tak pelah harap besok cuaca bagus.

Esoknya aku keluar jauh sikit ke Tumpat. Ada bbrapa lokasi yg aku ngidam nak pergi... Sblm balik hotel semalam, pemandu Grab ada kongsi bbrapa maklumat yg aku kira bagus juga untuk atur perjalanan aku pada hari ketiga.

Nak dijadikan cerita, gara-gara teruja sangat aku tersalah pin. Tujuan ke Masjid Kampung Laut, tapi sampai pula ke masjid lain. Nasiblah tak jauh sangat jadi aku menapak lah sikit.

Masjid Kampung Laut ni adalah yg tertua di Malaysia (juga asia tenggara), berusia lebih 400 tahun. Abad lepas masjid ni terselamat dari dua banjir besar. Banjir yg kedua merosakkan sebahagian masjid. Utk menyelamatkan masjid, ia dipindahkan sementara di Nilam Puri. Pada Jun 2022, Masjid Kampung Laut ini sudah dikembalikan ke tapak asal yg telah dinaiktaraf menjadi Laman Seni Warisan.

Boleh dikatakan, Laman Seni Warisan @ Kampung Laut ni adalah tarikan terbaru di Kelantan yg korang wajib pergi. Ada macam2 galeri seni ada di sini... Yg minat serunding bolehlah memborong di sini. Khabarnya Kampung Laut ni perkampungan serunding.

Usai menerbangkan dron, bergambar kenangan aku pun mengorak langkah ke destinasi seterusnya... Muzium Wau. Masih juga di Tumpat. Ikutkan, ke Muzium Wau dulu sebab paling jauh. Bila mengingatkan info yg dikongsi oleh pemandu Grab sebelum balik ke hotel aku ke Laman Seni Warisan dulu.

Dah jadi tarikan pelancongan, komfemlah akan ramai orang. Utk elak ramai orang aku pergi awal pagi. Sesampai di Muzium Wau, aku kebingungan.

Lama aku tunggu di depan muzium... Penjaga tiket entah ke mana. Dah bbrpa kali pusing, ambil gambar, penjaga muzium masih tak muncul-muncul.

Kita pulak nak kena carik dia... Itupun lepas aku bosan pusing2 muzium kecil tu.

Tiket masuk muzium RM2 je untuk dewasa. Sempat juga aku isi buku pelawat. Pelawat terakhir sebelum aku pada 31 Julai. Aku datang pada 6 Ogos... 

Sudahlah jauh, pengunjung pun tak ramai bisikku.

Usai di Muzium Wau, Pantai Sri Tujuh, aku ke Wat Machimaram yg menempatkan patung Buddha gergasi setinggi 30m. Ke wat ni aku jem sikit sebab rekues Grab tak dapat2.

Tak dapat atau tak ada.

Mampossss... 

Lebih kurang setengah jam menunggu akhirnya dapat jga aku Grab. Pemandu Grab yg sama juga aku pakai utk ke destinasi berikut dan balik.

Aku rekues dapat dia jugak? Watodo?

Sampai di wat Machimaram aku tengok macam ada keramaian... Aisehmen... tak syok macam ni. Ramai orang.

Depan wat pulak ada pengunjung yg duk bergambar. Pergghhh... lama gila. Jangan2, buat tiktok sekali ni.

Sesambil tunggu tu aku terbangkan dron.

Dari yg aku baca bibir patung Buddha ni bersepuh emas urai. Masa terbangkan dron aku cuba lah dekati patung dan perati bibir dia... elok nak dekat, bateri pulak nak habis... makanya aku pun tamatkan lawatan dan menuju ke destinasi berikutnya wat phothivihan.

Wat Photivihan ni menempatkan patung Buddha mengiriing sepanjang 40m. Menurut cerita org tempatan, asalnya mereka nak bangunkan patung Buddha berdiri... macam2 percubaan dibuat namun gagal. Roboh, dipanah petir sehinggalah seorang sami mendapat mimpi akhirnya dibinalah Buddha baring mengiring seperti yg boleh dilihat sekarang.

Habis hari ke tiga, esoknya aku pun mula buat perancangan utk pusing2 dan terbangkan dron sekitar Kota Bharu. 

Street Art ni jadi sasaran aku sepanjang pagi...

Kawan aku bila tengok gambar ni dia cakap, bagus tempat aku pergi ni tak ramai orang.

Yalah tak ramai sebab aku pergi awal pagi. Masa awal pagi tu lah orang tak sibuk lagi lalu lalang atau pengunjung tak datang berjujuk nak rakam memori.

Adakala tu kebetulan. Sampai aje pengunjung terakhir mula beredar, aku pun masuk potretkan apa yg sempat. Tak boleh lama-lama... Momen sendiri tu biasanya sekejap aje. Takde masa nak pose comel-comel, manja-manja... Janji dalam gambar takde siapa selain aku bagi aku dah cukup bagus.

Tapi lain pula di lokasi berikut ni... Aku mmg nak ada ramai orang. Barulah nampak suasana kemeriahan sebuah pasar...

Kali ni aku pakai kayu swafoto sepanjang 3m. Tinggi sikit nak capai pemandangan dari atas pasar. Ketar lutut jugaklah nak menahan kayu tu dari jatuh... kalau jatuh atas lantai takpe... Jatuh kat kepala pengunjung tu yg bikin susah hati.

Beberapa ketik aku pun blah... Cuba plak nasib dari tingkat satu.

Siap gambar sana sini, aku pun terbangkan dron pula. Tengahari tu aku gigih la terbangkan dron dalam suasana mendung. Masuk pukul 4 gitu matahari mula muncul... Aisehmen...

Nampaknya petang tu dapatlah aku menikmati senja yg indah di tepi sungai Kelantan. Sampai skrg aku masih belum move on dgn suasana ni. Kalau aku lama lagi di situ mesti suda terbentuk satu rutin santai-santai di sana menanti senja berlabuh.

Sebelum ke sini aku ada dgr bbrp pendapat yg tidak manis dari bbrpa orang. Itu mungkin pengalaman mereka. Aku mahu cipta pengalaman sendiri.

Kota Bharu ada keindahannya yg tersendiri. Aku suka. Dan kalau ada rezeki memang mahu lagi ke sini untuk mengisi mana-mana yg aku belum jejaki.

Bila lagi tu? Tunggulah bbrapa tahun lagi. Sehingga ketemu lagi... Peace out!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...