Langkau ke kandungan utama

Bai bai 2022, Hai hai 2023!

2022 baru saja melabuhkan tirainya. Diambang 2023 aku menerima beberapa siri mimpi.

Mimpi-mimpi lain tu aku kira boleh dihuraikan dengan mudah. Hanya satu tu buat aku pening sikit.

Aku tak ingat sangat rincian mimpi tu; siapa yg terlibat dan di mana ia terjadi.

Dalam mimpi tu aku macam sedang membayar sesuatu tapi aku tak ingat beli apa.

Dari gaya aku membayar tu sahlah bukan di kaunter pasaraya. Lebih macam pasar minggu atau tamu, gitu.

Penjual duduk dan aku membongkok menghulurkan duit.

Macam yg aku cakap, aku tak ingat beli apa, tapi aku ingat aku serahkan dua keping duit syiling dua puluh sen.

RM0.20 x 2 = RM0.40

Sejak PKP tempohari, aku lagi suka ke kedai tanpa tunai. Namun bukan semua tempat terima pembayaran macam QRPay atau pun Booster. Kalau di pasaraya besar tu boleh lah kau paywave. Kalau macam pasar minggu tu, rata-rata yg berniaga org kampung pisuk-pisuk, maka cara pembayaran pun pastinya bentuk tunai.

Sebetulnya, tamu pun lama dah la aku tak pergi ni. Rindu tamu ker?

Tak ingat beli apa, dan kenapa aku serahkan dua keping duit syiling dua puluh sen tu aku lagi galau bila kenang apa yg terjadi selepas tuh. Yalah kau dah bayar tapi si penjual (aku tak ingat rupanya dah) pulak serahkan (atau pulangkan?) aku sekeping duit lima puluh sen.

Dalam mimpi tu aku terima je lah, tak banyak soal. Bila dah di alam sedar ni baru aku tertanya-tanya. 

Apa kejadian ni?

Apa kejadahnya bayar RM0.40 dapat balik RM0.50?

Bila fikiran senggang kekadang tu pandai melayang kepada mimpi hujung tahun 2022 ni.

Agak-agaknya apa maksud yg hendak disampaikan kepada aku dalam mimpi ni?

Oh, ilham datanglah, jelmakan lah diri mu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...