Langkau ke kandungan utama

PLHIV

 People living with Human Immunodefiency Virus.

Biasa dengar tapi tak berapa ambil peduli. Lewat bulan lepas aku seakan diperkenalkan semula dengan akronim ini. Dan mula ambil peduli.

Begini ceritanya...

Semuanya secara tak sengaja. Tiada niat nak korek aib org. Lagi-lagilah individu ni org yg aku pernah kenal. Dulu akrab, namun sejak PKP tu renggang.

Tiga tahun berlalu menyepi, aku tak terfikir pun akan dapat tahu status kesihatannya melalui cara begini.

Bermula dengan satu ciapan MELALUI AKAUN YG TAK DIKENALI. Pendedahan terjadi.

Kawan ni berkongsi gambar PBAKL2023. Aku yg tak dapat pergi utk kali ni berasa teruja. Biarpun gambar tu HANYA pintu masuk ke PBAKL2023, aku tetap tinggalkan komen WOW, tanda I was here. 

Berharap akan ada perkongsian lain aku terus mengikuti dan menghidupkan notifikasi.

Pada bio profil ada ringkasan sejarah status HIV si kawan. Aku baca sekali imbas. Tak ambil pusing lagi siapa pemilik akaun.

Lebih kurang seminggu kemudian, si kawan muncul dengan ciapan baru. Dia turun ke PBAKL2023 lagi buat kali kedua!!!

Beberapa ciapan mula menghiasi dinding... aku galak, aku ketik... kemudian aku pelik...

Eh kenapa pemilik akaun ni macam org yg aku kenal?

Mula-mula aku fikir ada org catfish si kawan... namun selepas diteliti gambar dan ciapan... aku mula merasakan yg ni adalah org yg aku kenal. Bukan penyamar.

Bila lagi si kawan kena mention dalam ciapan lain. Ciapan yg mengandungi gambar beramai-ramai tapi muka dia ditutup EMOJI. 

Memandangkan aku kenal gaya rambut, cara pose dan bentuk badan... berkerudung macam mana pun kau, aku tetap boleh cam.

Begitupun aku masih berhati-hati dan terus memantau dgn membuat padanan gambar-gambar yg dimuatnaik dalam akaun lain.

Awas kalau netizen buat siasatan, lengkap dan boleh dipercayai tau!

Akaun Twitter yg aku jumpa ni mungkin dicipta utk jadi ruang selamat bagi si kawan berkongsi tentang status HIV yg dihidapi... bagi sesetengah org mungkin akaun sisi gelap. Segelap mana pun rahsia yg hendak disembunyikan, org disebalik akaun tu tetap org yg sama.

Jadi tak hairanlah kalau pemilik akaun...

  • Peminat tegar kopi Starbucks dan KUMPUL barangan lainnya.
  • Suka menyertai rentas desa dan aktiviti lasak, travel.
  • Suka buku, suka menulis... bermadah-madah di ciapan.
  • Paling penting suka MAKAN dan ciap gambar makanan.

Bila aku senaraikan mcm ni dah macam stalker pulak kan aku ni?

Dah tahu semua ni aku pun balik-baliklah baca bio profil dia. Barulah mula nak gugel apa dia PLHIV, UVL, HAART...

Dalam pada itu hati tetap mengata, tetap tertanya... MACAM.MANA.KAU.BOLEH.KENA?

Untuk tahu bagaimana dia dijangkiti rasanya sudah tidak begitu penting buat masa ni. Yg penting si kawan sihat... asalkan dia konsisten mengamalkan terapi HAART.

Setakat yg aku ikuti HIV si kawan sudah tidak dapat dikesan atau mungkin terlalu kecil utk dikesan.

Tak habis disitu aku terfikir kenapa aku dapat tahu hal ini dengan cara begini. Adakah ini peluang utk aku mencela si kawan... atau perlukah aku hadir memberi sokongan moral?

Aku mahu fikir yg  mungkin suatu masa dulu, si kawan pernah cuba utk memberitahu namun tidak kesampaian.

Walaupun aku seorang yg open minded in general... tapi stigma org yg dijangkiti HIV itu masih kuat.

Merenung hari-hari yg mendatang. Dalam perang dgn diri. Sesekali apa salahnya aku beralah dan berdamai.

Ya, kita tidak perlu tahu semua. Tidak perlu ada dalam setiap episod hidup org lain. Demikianlah halnya, persahabatan ada pasang surutnya.

Gerak hati aku mengatakan perpisahan kita di Don Mueng Airport tahun 2019 itu ada lah kali terakhir kita berjumpa.

Bukan dgn kau saja, malah dgn kawan2 yg lain juga.

Dahulu kita searah, sekarang masing-masing dengan haluan sendiri.

Apapun, aku doakan kau sentiasa sihat SELALU. AMIN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...