Langkau ke kandungan utama

Bersiar-siar Dengan Adhie

Gara-gara hujan Pasar Malam Kampung Air ni lambat dibuka. Jam dah pun menunjukkan tujuh suku tapi masih takde yg berani memperagakan brg. Nak tak nak aku terpaksa tinggalkan Adhie. Aku kena balik awal. Esok kerja.

Adhie yg baru mendarat dari Miri ptg tadi mmg berhajat besar memborong keronsang di Pasar Malam tu. Murah katanya. RM 10 seunit. Hurmmm...

Dalam hujan semangat jugalah meneman Adhie ronda2 Pasar Filipin selepas kami masing-masing isi tembolok di Kenny Rogers, CP sblm ke Pasar Malam tu. Agaknya mlm ni aku takde rezeki bersiar siar di situ. Lain kalilah yea Adhie.

Utk rekod masuk bulan ni dah tiga tahun aku kenal Adhie. Dari MIRC ke pesbuk. Ini pula pertama kali kami jumpa. Harapnya bukan yg terakhir...

Ulasan

  1. Bestnya! rindu pulak zaman kegilaan MIRC..banyak kenalan tapi xpernah jumpa & lepak2x macam uolls..huu

    BalasPadam
  2. ada yg chat 4 hari berturut-turut... sekali tengok junior. dia kenal aku. aku tak kenal dia. keluar masuk kelas yg sama plak tu.

    tapi tade jodoh. what to do.

    *katanya...

    BalasPadam
  3. Dat's y menggunakan fullname d MIRC lebey afdhal! :p

    BalasPadam
  4. i mean 'real name'..agar tidaklah terjadi mcm kes d atas tuh..junior xberkenal dgn senior d MIRC sbb gna nickname laen??bgtukah mksudnya tu?huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.