Langkau ke kandungan utama

Oh Hati Bersabarlah!

"Kalau saya beli ini hotel kau lah yang pertama saya kasi berhenti!"

Terbit jugak rasa mcm nak menjawab. Tapi aku gamkan aje mulut. Kalau dah tahap ni aku pun dah tak boleh nak buat apa. Dari tadi mendesak meminta nombor telefon pemilik hotel tempat aku bekerja. Atas dasar polisi hotel, kami tidak dibenarkan menyerahkan nombor mana2 staf kepada bukan pekerja. Inikan pula nombor pemilik kepada sesiapa sahaja yg datang menyinggah.

Diekor mata aku tengok si tua kutuk, merenung aku dgn riak muka yg bangga. Dari tadi dia diam aje mendgr si tua sial di hadapan aku ni menggertak.

Sebelah si tua sial pulak seroang lagi yg aku agak lebih muda dari dua orang tua tu.

"Ini ketua security saya kalau saya beli ini hotel", beritahu si tua sial yg mengaku dirinya Dato'.

Membusung dada si pedet bila diperkenalkan. Malu2 kucing bila si tua sial menepuk-nepuk bahu si pedet tu. Seakan memberi harapan palsu yg tak mungkin terjadi.

"Jadi siapa manager kamurang sekarang? Panggil dia. Saya maw mintak nombor telefon tuh."

Aku jelaskan yg pengurus operasi kami sudah meninggalkan kawasan hotel kerana kurang sihat. Malangnya maklumat yg aku baru kongsikan itu menambahkan lagi rasa bengang si tua sial.

"Kalau tiada manager saya mau jumpa supervisor", bentak si tua sial.

Mahu saja aku mengaku jawatan aku, tapi bila difikir baik tak payah lah. Lagipun apa kuasa penyelia dalam soal-soal jual beli harta hotel ni.

Si tua terus menyaiko aku dgn seupaya yg dia mampu. Dan aku tetap tidak berganjak dan hanya meluncurkan kata maaf sebab tidak dapat memberi kerjasama.

Sorilah, gila aku mau panggil mana2 supervisor utk layan dia ni?

Aku diselamatkan oleh Dayang yg perlukan aku menandatangani satu dokumen.

Perkara yg sama jugak dia mintak bila ada Dayang, tanpa mengendahkan aku lagi.

Sebagai staf, sudah tentulah Dayang pun tak menyerahkan nombor pemilik.

Sudahnya, selepas keadaan mula sibuk kami meminta si tua sial tu meninggalkan nombor beliau supaya boleh dihubungi kemudian.

Syukurlah mereka beredar. Kalau tidak, terdetik jugak aku nak panggil sekuriti tadi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.