Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

#SamsungGalaxyS6Edge

Guess what? Dah beli pun tadi. Excited sangat sampai mata pun tak leh nak tidor lagi ni. Asalnya nak beli kat kedai-kedai picisan aje. Target dpt murah sikit kan. Bila hulur kad, awek tuh kata kena surcaj plak 2%. Kira tolak campur mcm nak sama jugak dgn harga penuh. Mula-mula nak tutup mata aje. Yalah dpt murah bbrp puluh ringgit, kira boleh lah. Tapi bila mintak Black Sapphire, takdok plak. Aku pun angkat kaki ciao. Pusing-pusing masih tak byk tempat lagi jual S6 and S6 Edge. Jadi mahu tak mahu aku pergi aje kat kedai Samsung habis cerita. Buat lenguh kaki aje bertawaf kat CP tuh. Dengan bantuan jurujual cik Carmen, aku pun membuat pembelian. Kat kedai Samsung ni takde pulak isu nak cas 2% ke atas harga barang bila pakai kad. Hulur aje kad, cas seperti biasa. GST tuh tak yah tanya, itu sudah pasti. Korang fikir aku balik2 terus lah unboxing menda alah ni kan. Terloncat-loncat nak mula guna. Oh no! Sampai aje rumah api padam. How lah boleh blackout dlm suasana keterujaan ni. Sedap aje...

Say "I Love You"

Layan citer ni siang tadi. Dari yg aku baca filem ni asalnya diangkat dari komik manga. Kalau di youtube boleh jumpa siri anime nya. *spoiler alert* Ini watak Yamato pelajar popular kat sekolah yg jatuh hati dengan pelajar pompuan yg anti-sosial dan kerap dibuli, Mei. Mana tak Yamato jatuh hati dengan Mei, comel pulak tuh kan. Selepas Mei dengan tidak sengaja mencederakan Yamato, bermulalah perkenalan tidak rasmi antara Yamato dan Mei. Nak dijadikan creta, Mei mula layan si Yamato ni lepas balak tuh tolong dia get rid seorang stalker ni. Konflik mula terjadi bila hubungan terjalin kan. Mana lagi awek-awek yg duk minat kat si Yamato. Senyap-senyap Kai kawan si Yamato ni pun menaruh perasaan. Kebetulan Kai dan Mei berkongsi byk persamaan membuatkan mereka berdua lebih selesa berbual. Tapi aku bukanlah berminat sangat dengan kisah percintaan muda mudi ni. Yg aku berminat bagaimana konflik dipersembahkan melalui watak. Menarik sebab setiap watak datang dengan 'masalah' yg tersendir...

Kotak Besar

Bungkusan dari UK tak sampai lagi. Amazon sana dah mintak feedback. Tak tau lah apa yg lambat sangat nak sampai. Sangkut lagi kat KDN kot. Maklumlah mengimport barangan berbahaya kan? Apa pun hati terubat bila dapat bungkusan dari US nih. Dpt dua hari lepas lagi kot. Memandangkan aku cuti jadi tertundalah nak menatap bungkusan nih. Bapak beso kotak dia kan? Apa isi dalam? Isi cenonet je sebenarnya.. Hahaha... Jangan kumplin byk ah. Itu semua utk protection BD tuh je. Ha hambek kau. Lenticular cover katanya! Tak berkebil mata aku tengok. Dengan harga runtuh yg aku dapat ni. Rasa mcm bertuah sangat... Hiks. Kalau ikut harga asal kopak jugak poket aku. Syukur hari tuh entah tetiba nampak ada offer... Jadi apa lagi... Rembat lah satu! Aku tak kopek lagi isi dia nih. Besok2 aku balik rumah baru lah aku ngadap kau yea sayang. Malam ni kita tidur sambil senyum lah kan?

Tiga Posen Lebih

Cerita semalam. Pergi Daiso beli masker arang. Mula tu tak pikir sgt, tapi bila dah bayar baru perasan. Aisehmen, ada extra tiga posen tuuuuuhhh... Menyampah tul aku. Cantik2 harga RM5.00nett dah jadi RM5.30nett. Dekat tmpt mknn segera tak le terasa sgt. Mmg 6% tax tu dah ada kan sblm ni. Ni mkn kat Kenny Rogers. Pesan salad ayam. Dapat-dapat nah kau menggunung tinggi. Pelayan tu kata patut dpt telur ayam, tapi habis. Ganti dgn ayam lah dia ckp. Patut ke aku marah? Kalau cakap awal2 mungkin aku boleh tukar pesanan. Nih dah sampai takan nak memaki di situ. Adab depan mknn tak elok buat perangai sekali pun kata tak sedap (ngumpat boleh tapi lepas makan). Nak marah pelayan pun aku rasa tak manis. Jadi mahu tak mahu aku terima salad ni dgn senyum kambing je lah. Dah gi Suria Sabah tu sempat jugak gi food court dia di tingkat tiga. Bukan nak makan lagi tapi nak tengok pemandangan dari balkoni tuh. Hurmmmm syg sekali starcruise tak berlabuh plak hari tuh. Sebelum ke panggung sempat lagi sing...

Ramas-ramas Badan

Hari ni keluar lagi tengok wayang, citer Avengers The Age of Ultron. Terkebil-kebil jelah aku di balik kaca mata 3D cuba memahami jalan creta. In the end aku just enjoy, action dan kehebatan kesan khasnya jelah. Patut aku tgk part2 awal series muvie ni. Tapi takpelah, kita layan jelah. Dah keluar tu, sekali harung jugak aku survey S6 dan S6 Edge. Ramas-ramas badan dia get the feeling. Pelik plak rasa tengok rupa S6 dan S6 Edge. Macam tirus nipis jer body. Banding dgn S5 takdelah beza mn pun. You know what I mean. Siap survey dlm hati dah azam akan dtg kembali. Rasa-rasa nak angkut yg hitam lah!

Puppy Love 2

Ingat tak entri puppy love sebelum ni? Lima ekor dah diculik oleh si kawan tuk dibela di rumah. Baki lima lagi masih tinggal lagi di longkang kering dekat hotel. Sedihnya, salah satu puppy yg ditinggalkan baru-baru ni kena langgar kereta. Aku pun pergi menziarah melihat keadaan puppies tersebut. Alangkah terkejutnya aku bila puppies yg lain tuh sedang cuba mengoyak bangkai saudara mereka yg terdampar kaku. Adakah jadi santapan pagi mereka empat bersaudara? Agaknya tak cukup makan resort to cannibalism lah kan? Ke menda mcm ni something yg normal? Kalau berpanjangan begini tak tau lah puppies ni boleh survive ka tidak. Susu ibu dia alone tak boleh tampung kot utk bilangan puppies yg byk tuh. Sementara puppies yg member culik dlm keadaan baik dan cergas katanya. Baguslah nasib mereka lebih baik dari yg lima tuh. Sekarang tgh carik sapa2 yg sudi adopt puppies yg tak terbela di longkang tuh. Kesian la pulakkk... Hopefully dalam masa terdekat ni ada le yg pergi ambil. Kalau aku boleh, dah ...

Bisnes Makin Maju

Makin kencang bisnes. Awal-awal tahun lagi sudah banyak masuk acara. Harapnya bila begini sibuk, kantung kita pun ampit lah sikit. Penolakan jawatan yg ditawarkan aku sblm ni seakan menulis plot baru bagi cerita ini. Ketibaan staf baru mengisi kekosongan jawatan yg ditinggalkan November tahun lepas menjawab banyak spekulasi. Jika ada pengambilan baru sebegini, kemungkinan besar utk terjadi pengubahsuaian besar-besaran pada hotel dalam masa terdekat nih agak nipis. Selamat tinggal konsultan R & T. MD pula sibuk dengan ideanya utk memasang sistem tempahan pengkomputeran menghubungkan setiap jabatan. Walaupun bukan idea baru, aku menerima cadangan ni. Bukan apa, dengan adanya sistem begini boleh memudahkan banyak kerja. Dengan satu klik bbrp laporan boleh dihasilkan. Tinggal cetak dan tandatangan jer. Malangnya yg menjadi isu di sini ialah ongkos. Tambah pula, tax invois semua sudah dicetak sedia utk penggunaan bbrp tahun lagi. Kita serahkan isu itu kepada pengurusan atasan utk buat k...

Gantung & Simpati

Sengih aku tengok kain rentang sebesar alam ni. Dengan pintu masuk yg sebesar tuh, sedepa aje saiz kain rentang kau. Dari pengalaman aku, kalau nak tahu penganjur tuh "save budget' atau yg ada ciri-ciri kedekut ini lah contohnya. Dah gantung pun still cannot make out the words. Perlu melangui dari bawah kain rentang baru boleh baca. Team building konon. Apa cerita mcm tuh? Baik tak payah buat lah oi. Cerita-cerita bbrp hari lepas aku terdengar kes kemalangan seorang remaja di kampung sebelah. Remaja tuh rupanya anak saudara staf yg bekerja di hotel nih. Tak sangka pulak arwah remaja tuh dirempuh akibat kereta yg dipandu terbabas. Timbul jugak rasa benci bila memikirkan pemandu-pemandu sekarang ni yg berangan Fast & Furious di jalan raya, suka potong memotong. Perasaan benci tuh berubah hiba bila tahu, yg melanggar tuh seorang ibu yg masih menyusukan anak. Mungkin kerana rasa bersalah, sentiasa berada disamping arwah, sehingga ke hujung nafas terakhirnya, tidak melarikan di...

Pesanan Sampingan

Belum pun pukul lapan pagi tetiba plak abang GDex hulur aku bungkusan nih. Pelik-pelik betol masa agen GDex ni hantar barang. Hari tu hari Ahad pun ada sampai. Minggu lepas aku pesan dua barang dari Zalora. Satunya jam tangan yg korang nampak kat dalam gambar. Satu lagi T-Shirt. Pesanan asal ada sandal sekali. Sandal tuh yg mmg nak beli. Jam dan baju sampingan aje. Tetapi masa check-out, Zalora kata sandal tuh dah out of stock pulak... Kambeng!!! Tak nak menghampakan diri. Aku pun teruskan aje lah dgn pesanan sampingan. Lagipun ada diskaun 6% sempena pengenalan GST kan... Yg ni pun sampai hari yg sama cuma tenghari sikit. Macam kes Zalora, bluray yg ada dlm gambar sebenarnya hanya pesanan tambahan. Yg sebenar plak sangkut kerana kehabisan stok. Mahu tak mahu, kena tunggu sehingga stok ada balik 13hb baru ni. Dah ada stok, kad pulak decline. Mencabar sungguh nak pesan bluray tu lah. Harga dah jatuh, payah betol nak dptkan. Esok-esok kalau aku dah terima pesanan tuh aku hapdet lagi lah k...

Pindah Rumah

Bukan cerita terkini, tapi awal bulan ni aku menyertai Tone Plus. Lama dah rancang ni, hanya awal bulan ni niat tu dilanjutkan. Dikuatkan lagi dengan kesukaran mendapat talian di tempat kerja dan banyak servis Maxis sebenarnya lompang di sepanjang perjalanan Melinsung-Kota Kinabalu, aku tekad. Tak syok lah kan, tengah sedap sembang maya, talian tetiba putus. Limpas Kepayan aje putus. Limpas Taman Ketiau aje putus. Balik-balik putus di sana sini. Kuota data susah nak habis sebab kat tempat kerja talian mobil Internet balik2 G. Dari terus-terusan makan hati, baik kita putus saja! 15 tahun bersama beb, sudah masanya mencari arah baru.

Puppy Love

Bayangkanlah kerja berterusan selama 11 hari tanpa rehat. Tiga hari terakhirnya pula lompat shift dengan rehat sekitar 8 jam sahaja. Boleh biol kepala dibuatnya. Cuti pun disia-siakan dengan kelesuan dan lepak di rumah sahaja. Masuk balik kerja fikir boleh slow 'n' steady. Memang silaplah! Dapat2 aje invois mata terbuntang, tenaga dikerah menyelesaikan segala kesilapan yg dibuat staf-staf tersayang. Bunyinya mcm dramatik. Hakikatnya begitu lah. Berjam nak meneliti satu bil ke satu bil. Dengan kepala yg masih berat mmg terpaksa buat satu-satu. GST punya pasal byk kecelaruan di sana sini. Selepas tiga hari kembali bertugas. Masih jugak muncul kesilapan dan angan-angan utk lepak musnah begitu sahaja. Aku tak kisah jugak sebenarnya cuma badan tu tak brp sedap. Nak kata tak sihat aku ni tak jugak, cuma badan macam terlalu penat kot. Bila tengok muka kat cermin sudah tentulah tampak takde cahaya kan? Serta-merta segala senaman apa dibatalkan. Utamakan kesihatan. Tau jelah bila badan ...

Kotigod My Heart

Heboh dah satu Mesia pasal GST ni. Sana sini merungut pasal beban yg perlu ditanggung. Sebagai peminat BD tempatan aku pun keluar tinjau-tinjau harga. Memandangkan FRIENDS item yg aku beli baru-baru ni maka itulah duluan yg aku jenguk. Alangkah kotigod my heart bila harga yg tertera adalah RM529, lebih kurang kenaikan sbyk RM30. Harga lama atau baru, nasiblah aku tak beli kat kedai. Beli dgn kawan yg beli direct dgn pembekal dptlah harga murah sikit (You know who you are). Yg ni pun naik harga gila bebeng dalam RM10 gitu. Seingat aku kalau beli online dalam sekitar RM45 jer. Bapak kenyang kampeni untung berlaba mcm ni. CD dan DVD aku tak pastilah pulak kalau ada sebarang perubahan. Tengok ni mcm lebih kurang aje. Mana nak pandang DVD dah kan sejak ada BD ni?

Labang Labus

Terima bungkusan hujung bulan Mac lepas. Dah lah lambat terima, bungkusannya pula labang labus. Sakit hati sangat, sampai lupa nak hapdet cerita nih. Aku faham jugaklah kita ni mengimport barang berbahaya. Dan disebabkan itu mesti dibuka utk pemeriksaan. Tapi dah periksa tu plaster lah elok2. Nasib baik isi kandungan tak bertabur dalam perjalanan jumpa tuannya. Awal-awal masa terima bungkusan tuh takutnya jugak isi dlmnya dah tak dara. Lepas selok isi dalam baru tau semuanya selamat. Alah bluray ni jer. Hannibal. Dulu mati-mati gak carik ni dalam bentuk DVD tapi takdok. Kalau ada pun yg lanun berlabel dvd-9 tuh... Kalau betul dvd-9 tak pe jugak. Tup-tup check dvd-5 sajork. Tak mo lah. Ada satu dokumentari lagi yg tak tengok dalam nih. Ada masa aku layan.

Tujuh Laju

Hari ni kuar tengok wayang. Alah macam biasalah gi sorang-sorang (tapi tengok ramai-ramai gak dalam panggung tuh). Citer Fast & Furious 7 (3D). Rebiu aku? Ikutkan  aku, utk francais filem ni 6 dan yg terbaru ni je aku pernah tengok. The rest haram aku penah tengok. Jadi korang boleh bygkanlah bagaimana keadaan aku masa tuh. Menonong tengok skrin cuba memaham jalan cerita. Ada ingat2 sikit yg ke-6 tuh, itupun ingatan yg 2013 punya. Not so good. Yg jadi tarikan nak tengok ni pun sudah tentulah disekitar tragedi kematian Paul Walker tu ler. Dgr citer nak scrape the movie, but carry on jugak. Nak harap kata minat Paul Walker tuh takdok le yea. Aku just nak nilai how good CGI yg dorang pakai menggunakan body double adik beradik si mendiang tuh. Dgn sekali tonton ni susah sikit nak cakap lah. Esok kuar bluray maybe angkut satu and find out mana dorang CGI kan si Paul Walker tuh. Apa pun ending dia mmg tacing sikit ditambah dgn lagu See You Again. I would say, a proper send off utk ka...