Belum pun pukul lapan pagi tetiba plak abang GDex hulur aku bungkusan nih. Pelik-pelik betol masa agen GDex ni hantar barang. Hari tu hari Ahad pun ada sampai.
Minggu lepas aku pesan dua barang dari Zalora. Satunya jam tangan yg korang nampak kat dalam gambar. Satu lagi T-Shirt. Pesanan asal ada sandal sekali. Sandal tuh yg mmg nak beli. Jam dan baju sampingan aje. Tetapi masa check-out, Zalora kata sandal tuh dah out of stock pulak...
Kambeng!!!
Tak nak menghampakan diri. Aku pun teruskan aje lah dgn pesanan sampingan. Lagipun ada diskaun 6% sempena pengenalan GST kan...
Yg ni pun sampai hari yg sama cuma tenghari sikit. Macam kes Zalora, bluray yg ada dlm gambar sebenarnya hanya pesanan tambahan. Yg sebenar plak sangkut kerana kehabisan stok. Mahu tak mahu, kena tunggu sehingga stok ada balik 13hb baru ni.
Dah ada stok, kad pulak decline. Mencabar sungguh nak pesan bluray tu lah. Harga dah jatuh, payah betol nak dptkan. Esok-esok kalau aku dah terima pesanan tuh aku hapdet lagi lah kat sini.



Ulasan
Catat Ulasan