Langkau ke kandungan utama

Puppy Love

Bayangkanlah kerja berterusan selama 11 hari tanpa rehat. Tiga hari terakhirnya pula lompat shift dengan rehat sekitar 8 jam sahaja. Boleh biol kepala dibuatnya. Cuti pun disia-siakan dengan kelesuan dan lepak di rumah sahaja.

Masuk balik kerja fikir boleh slow 'n' steady. Memang silaplah! Dapat2 aje invois mata terbuntang, tenaga dikerah menyelesaikan segala kesilapan yg dibuat staf-staf tersayang.

Bunyinya mcm dramatik. Hakikatnya begitu lah. Berjam nak meneliti satu bil ke satu bil. Dengan kepala yg masih berat mmg terpaksa buat satu-satu. GST punya pasal byk kecelaruan di sana sini.

Selepas tiga hari kembali bertugas. Masih jugak muncul kesilapan dan angan-angan utk lepak musnah begitu sahaja. Aku tak kisah jugak sebenarnya cuma badan tu tak brp sedap.

Nak kata tak sihat aku ni tak jugak, cuma badan macam terlalu penat kot. Bila tengok muka kat cermin sudah tentulah tampak takde cahaya kan?

Serta-merta segala senaman apa dibatalkan. Utamakan kesihatan.

Tau jelah bila badan mcm tak sedap ni selera nak makan tu tetiba datang kan. Petang kemarin aku tetiba naik selera nak hirup tomyam jadi aku dengan betis ngilu-ngilu ni pun menapak lah ke kedai makan berdekatan.

Dalam perjalanan nak kedai tomyam tu lah aku terpandang pemandangan yg comel ni...


Cuba korang kira ada berapa?

Aku pun uar-uarkan apa yg aku nampak, maka sekonyong-konyong lah seorang kawan ni datang pergi culik separuh dari kawanan anak kuyuk itu. Elok lah jugak dia ambil, sekurang-kurangnya baki lagi ada peluang utk hidup.


Dah kena angkut anak-anaknya si emak pun memindahkan baki yg ada ke tempat lain pula. Ni seekor yg aku rakam kepenatan tertidur di luar tempat persembunyian baru mereka. Comel sangat lah... Warna putih merah jambu gitu.

Cakap-cakap lupa pulak kita pada tomyam kita kan?


Beli tomyam campur jelah yg kita mampu. Hirup2 bagi keluar peluh sikit. Maklum jelah badan mcm sakit tapi sakitnya tak keluar-keluar.

Masuk hari kedua hirup tomyam dah tak lalu. Entah apa pulak yg tekak aku berkenan tak tahulah. Pergi beli tomyam hari ni pun bukannya apa. Sajalah nak bertentang mata dgn si "rosie cheek" tuh... Hehehe... Motif kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...