Langkau ke kandungan utama

Gantung & Simpati


Sengih aku tengok kain rentang sebesar alam ni. Dengan pintu masuk yg sebesar tuh, sedepa aje saiz kain rentang kau. Dari pengalaman aku, kalau nak tahu penganjur tuh "save budget' atau yg ada ciri-ciri kedekut ini lah contohnya.

Dah gantung pun still cannot make out the words. Perlu melangui dari bawah kain rentang baru boleh baca.

Team building konon. Apa cerita mcm tuh? Baik tak payah buat lah oi.

Cerita-cerita bbrp hari lepas aku terdengar kes kemalangan seorang remaja di kampung sebelah. Remaja tuh rupanya anak saudara staf yg bekerja di hotel nih.

Tak sangka pulak arwah remaja tuh dirempuh akibat kereta yg dipandu terbabas.

Timbul jugak rasa benci bila memikirkan pemandu-pemandu sekarang ni yg berangan Fast & Furious di jalan raya, suka potong memotong.

Perasaan benci tuh berubah hiba bila tahu, yg melanggar tuh seorang ibu yg masih menyusukan anak. Mungkin kerana rasa bersalah, sentiasa berada disamping arwah, sehingga ke hujung nafas terakhirnya, tidak melarikan diri.

Memikirkan kemungkinan ibu malang itu bakal menjalani hukuman penjara 5 tahun, sayu menerpa.

Kita pun tak tahu nasib kita. Mulut kita cakap pandu cermat jiwa selamat. Tapi kalau dah terjadi tiada apa yg boleh menghentikannya. Aku berdoa semoga ibu malang itu diringankan hukumannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.