Poyo aih bergambar mcm tuh. Jadi ko panas? Ketepi sikit, pagi ni kita nak rebiu buku J.Lo bertajuk TRUE LOVE. Sekilas pandang macam buku autobiografi tapi sebenarnya tidak jugak. Secara kasar isikandungan buku ni berkisar kepada konsert jelajah pertama yg dilancarkan oleh penyanyi latin nih. Buku menjelaskan dari mana dan bagaimana konsep jelajah itu dibina. Dari situ disisipkan kisah-kisah peribadi termasuk perceraian dengan bekas suami Marc Anthony. Begitu pun, J.Lo tidak mendalami kisah disebalik perceraian itu. Hanya pada luaran sahaja. Kisah anak-anaknya juga dimuatkan tapi mcm aku cakap, tidak terlalu peribadi. Gambar banyak diketengahkan merakam detik dan momen sepanjang konsert jelajahnya. Teks utama buku tidak lah begitu susah untuk diikuti. Ayat-ayat yg digunakan mudah dan bernas. Sekali duduk dah boleh khattam. Adakah J.Lo akhirnya menemukan cinta sebenarnya? Bacalah buku ini manatau, boleh membantu korang mencari cinta sejati juga?
Leka, Liku Hidupku