Langkau ke kandungan utama

Jati Tomyam

Bawa si kawan cuba Jati Tomyam di Beringgis. Hasilnya agak mendukacitakan sikit.

Dalam 2013 aku ada pernah singgah sini. Kali pertama datang tu segala pujian lah diberikan. Apa tidak rasa dia authentic mcm yg aku pernah rasa di Kedah. Sayangnya kunjungan kali kedua tak up to expectation. Dari situ aku ambil keputusan tak pergi dah kedai makan tuh.

Petang tadi pergi buat kali ketiga tunaikan hasrat si kawan merasa makanan di Restoran Jati Tomyam tuh.


Reaksi pertama si kawan bila tomyam sampai ialah mmg begini kah rupa tomyam di sini?

A little unsure how to respond, aku pun sudukan tomyam masuk ke mulut.

Eh apa punya tomyam ni dengusku. Mcm tak cukup bahan.

Selidik punya selidik tomyam yg dipesan tuh takde bunga kantan.


Kekecewaan tuh tak terhenti di situ bila menerima pesanan lain. Hirisan daging tuh biarlah dibuat berpatutan. Ini tidak halus mcm kertas. Dah tu potong lagi 3-4 cebisan mcm daging kisar dah tengok.

Kalau rupa dah teruk rasa lagilah hanyut ke laut China Selatan. Harap warna merah aje tapi takde rasa pun daging masak merah.


Tolak dua menu di atas, minuman yg dipesan ni, epal asamboi je yg boleh diterima tekak. Kalau yg ni fail jugak mmg tak boleh nak tolong dah.

Lepas ni mmg takan dtg dah tmpt ni. Kalau ada kawan tanya aku ckp je lebih baik pergi tempat lain. Rugi je gi makan situ.

Begitupun aku tak pasti pulak rasa masakan satu lagi cawangan Jati Tomyam di Putatan. Kalau sama teruknya aku pun tak tahulah nak cakap apa lagi. Elok tutup lah atau carik tukang masak lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...