Langkau ke kandungan utama

Grand Ilusions


Hari ni bersiar-siar ke galeri ilusi optikal yg pertama di Malaysia. Sebelum meninggalkan hotel kita selfie dulu.


Selamat tiba bersama dua orang rakan sekerja. Wefie dulu sambil-sambil menunggu giliran masuk. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM30.


Suasana lobi galeri. Di sini pun dah boleh snap2 bbrp gambar ilusi optik.


Ini adalah kaunter utama sementara anak panah dalam gambar menunjuk ke arah pintu masuk ke galeri.


Kita akan diperkenalkan dengan peta galeri ini sebelum melangkah masuk ke ruang galeri. Empat ruang galeri yg pertama tidak dibenarkan mengambil foto.


Ini gambar yg diambil oleh pemandu galeri. Macam tak ngam dia ambil sebab ada sudut tertentu yg seakan give away ilusi yg cuba dicipta (Hint: lantai).


Aisehmen, kite terpegun kekaguman kejap. Macam mana burger tu boleh terapung macam tuh? Ada kuasa anti graviti tak? (Hint: Jangan pegang meja).


Ini ruang feberet aku. Tak pernah dibuat sebelum ni ambil gambar bayang kita sendiri. Jadi agak teruja lah di situ. Kalau korang bijak cuba teka mana satu bayang aku (Hint: Fun).


Kalau nak ambil gambar bayang sendiri macam kitorang bolehlah singgah di sini. Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang tempat unik ini bolehlah dapatkan perinciannya di pautan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...