Langkau ke kandungan utama

Little Stuart

Masa utk bertukar pelan jalur lebar dan modem. Jadi tiga hari yg lepas aku pesan pakej baru melalui MyDigi.


Bungkusan ini sampai sebentar tadi. Tenkiu abang Gdex! Blur brother tu tadi aku pakai alamat rumah utk hantar bungkusan kali ni. Ikutkan mmg nak pakai alamat tempat kerja. Tapi sistem MyDigi tuh mcm pelik sikit. Mesti pakai alamat dalam IC katanya.


Ini isi kandungan bungkusan. Ini namanya berangan sebab ambil model versi 4G. Ikutkannya liputan 4G kat Sabah ni area bandar aje. Aku yg kat kampung tepian pantai nih hanya mampu angkat 3G.


Semua tinggal cucuk dan pasang aje. Nak personalise sket tukar ler nama SSID dier. Duk godek2 tuh tak jumpa plak nombor bagi simkad yg diberi. Adey... Mcm mana nak daftar ke OCS nih? Tunggu bil pertama sampai lah nampaknya yea?


Dah boleh mula pakai pun. Tinggal cas aje yg ambil masa dlm 3 jam menurut manual yg diberi.

Akaun lama aku nak terminate besok. Yg ni aku ambil sebab menawarkan kuota 7GB dgn tambahan 17GB utk melayari Internet di luar waktu sibuk. Pakej lama bagi data 6GB aje, dah tu habis kuota dah tak boleh akses Internet.

Heavy downloader mcm aku ni mmg suka lah kan kalau begini. Aku tak tau lah kenapa. Kalau resort apartment kami ni boleh masuk talian talipon dah lama aku ambil fix line punya. Sayangnya takdok. Mahu tak mahu terpaksa pakai jugak lah yg MiFi begini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...