Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Damn you, Jackson!

Ingat tak lagi entri ini ? Alah pasal brother nama Jackson kehilangan kerusi plastik tuh? Tunggu punya tunggu, seminggu lebih dah, tak nampak pun bayang si Jackson ni kutip kerusi plastik dia. Hari tu beriya sangat kata nak ambil. I kerja dekat aje, Putatan. Sekali tengok bayang dia pun takde. Melihat kejadian aku boleh katakan si Jackson ni, bukan nak sangat kerusi buruk dia tuh. Sebenarnya dia nak tahu sapa yg kebas kerusi plastik dia tuh. Kerusi mcm tuh ada org nak ke? Aku difahamkan pada mulanya Jackson dan geng mengesyaki perbuatan staf hotel. Tidak dilaporkan terus hanya semasa daftar keluar hotel baru dia meminta supaya dibuka rakaman litar tertutup. Pada masa ini jugaklah dia memaklumkan kerusi dia tuh berwarna pinky pudar. Pinky lah sangat. Mengetahui keadaan kerusi usang dia tuh aku boleh "rule out" niat mencuri tuh di kalangan staf. Pada masa kejadian bukan staf hotel sahaja yg berada di kawasan hotel, tetapi turut ada ialah para tamu yg lain. Dari tempat di mana k...

Demam Grey's Anatomy

Ke tepi!! Samseng Bukit Melinsung nak keluar beli kuaci. Dapat nap bbrp jam di tengahari baru ada rasa macam orang sikit. Paginya workout macam biasa, tetapi sepanjang hari duk mengadap Grey's Anatomy. Yep itu projek terbaru aku hopefully in time boleh catch up dgn Grey's Anatomy musim ke-11 yg bakal rilis dlm btk DVD bulan Ogos nanti. Itu bagi US, UK plak kena tunggu bulan November lah. Rasanya Malaysia pun ikut tarikh edaran UK. Negara komanwel katanya. Sanggup tunggu lama lagi ker? Tengok bajet lah dulu kan? Kalau ada we go for it. Tak sabar nak tahu mcm mana post-dr-yang punya season. Dari yg aku baca Dr Shepherd pun "dimatikan" dlm season ini. Alamak, mcm mana lah tuh? Apa2 pun kita ready dgn kuaci... Tutup lampu dan feelingg... Keh3x.

Orang Semut

Tanjat Boboi! Macam nak makan orang! Hahaha... Lepas lebih dua minggu bekerja tanpa off day, akhirnya dapat jugak aku cuti dua hari. Minggu depan fikir nak ambil cuti lebih sikit lah. Tiga hari ke rehat-rehatkan fikiran. Utk cuti minggu ni, hari pertama aku ronda-ronda KK dulu. Esok baru aku top-up tidur puas-puas. Rencana hari ni sudah tentulah ke panggung. Layan Ant-Man (3D) pada slot tayangan paling awal. Okielah jugak kalau nak puji dari segi komedinya tuh. Cumer tu lah citer mat salleh pasal superhero ni dah mcm habis modal. Rasa mcm nak tersengguk aje aku bbrp kali tadi. Selesai Ant-Man, aku pun berinut ke Sushi King, melepas rindu. Mula-mula kekok jugak pergi Sushi King ni sorang2. Biasanya pergi berteman kalau masuk mana2 kedai makan pun. Kalau terpaksa sangat, aku tapau aje. Skrg ni selepas bbrp kali pergi sendiri, mulai rasa selesa sedikit. Esok-esok nak terai solo ke pizza hut plak tengok macam mana? Mcm mengidam plak mushroom soup dia tuh. Utk hari ni aku pesan menu baru, S...

Drama... lagi

Sibuk sangat dua tiga hari ni sampai tertunda nak hapdet cerita. Teruja jugak nak kongsi cerita ni sebab bukan saje kita jadi pelakon dalam cerita ni malah jadi penonton sekali. Alkisahnya, betapa masin mulut aku ni, tak disangka-sangka terjadi lagi kisah hangat yg bikin semua orang gabra. Sebagai pelakon aku termasuk dalam senarai tertuduh, walhal dengan jelas aku terbongkang tidur di rumah semasa kejadian. Tidak mahu dilabel sebagai pelakon, aku memilih utk jadi pemerhati dan menilai tindak tandak pengurus operasi baru yg nampaknya hilang punca untuk menuduh siapa lagi yg berkomplot dalam kes ini. Sedikit pun tidak hairan, penelitian rakaman litar tertutup pengurus operasi, memberikan petunjuk baru kepada kes siasatannya. Adanya rakaman serta merta nama kami yg femes ini digugurkan dari senarai saspek. Atau sekurang-kurangnya bukan saspek utama. Kerja orang dalam, memetik kata-kata pengurus operasi fokus saspek beralih kepada orang lain. Aku hanya mampu tersenyum. Sudah tuduh tak pan...

Jom Kempiskan Perut

Tuhan tak kurniakan aku rupa paras yang helok, sebab tuhan tahu aku menghargai kecantikan dan kesihatan. Tengok sahaja lah tiap tahun berapa banyak wang dan masa dicurahkan untuk ke arah tuh. Orang lain makin kaya aku makin kayap... Hahaha... Matilah ayat pick up... So tacky kan? Ni member perkenalkan set bajet utk kempiskan perut. Sebagai kawan kita tolong sejalah. Tak mampu nak support beli, kita beri kata-kata semangat. Kalau mampu kau beli je lah satu set mcm ni rega RM70 aje. Kebetulan pulak aku mmg suka kopi keluaran Hai-O ni... No sugar added katanya kan? Sesambil minum boleh sihat lah kan temanya. Hirup2 kopi mineral ni aku dah boleh menarik nafas lega sedikit. Petang semalam sudah berurusan dgn seorang kenalan atas kenalan utk mendapatkan khidmat Supir di Bali nanti. Kenal mamat hot (promote member sket) ni di Wechat jadi dia perkenalkan pulak Makcik dia yg mmg ada kenalan di Bali urus menda2 ni semua. Menurut Neyo, kenalan aku tuh, kalau aku berurusan terus nanti takut orang ...

The Lowest Point

Pagi-pagi dah termenung selepas membaca luahan dan sungutan rasa seorang kenalan blog di mukabuku. Aku yg membaca tersentuh dan aku percaya kita semua pada satu masa pernah atau akan berada di tempat yg kenalan aku lalui itu. Banyak kata-kata semangat diberikan, nasihat dan pesanan suruh bersabar mula terbit di ruang komen. But the last thing in her mind -speaking from experience- was try to think positively. Kau mampo berfikiran positif bila dada sesak dan fikiran serabut? Well, I don't. Don't be. Meraban lah wahai kawanku. Sebab dunia ni sememangnya kejam. Kita berikan madu, tuba yg kita dapat. Banyak-banyak kebaikan yg kita ada, keburukan juga yg diungkit. Tidak sedikit pun menghargai apa yg orang buat, tahu menerima dan mengutuk sahaja. Macam kau lah yg bagus sangat! Macam aku cakap tadi, kita semua akan berada di tempat ini - the lowest point in our life. Apa yg membezakan kita dengan orang lain ialah, berapa cepat kita bangkit balik on our two feet. I'm not handsome. ...

;-)

Ada sebab untuk ;-) hari ni. Sejak terbaca satu entri kelmarin, aku tak henti-henti termenung dan menyanyi sendirian. Ada kah aku sudah pagal hai , atau sebenarnya sangat gembira? Tanda gembira itu tidak semestinya terlukis pada garis wajah, pada mata, namun turut terkesan pada hati. Mungkin sebab pada hati jugak ia lebih bermakna. Lagu sedih jadi gembira. Lagu gembira buat aku menyanyi. Lagu rancak bikin aku berjoget... Uikkk... Berjoget? Toksah lah yea, tak pandai! Gembira mungkin sebab akhirnya aku tahu hakikat sebenar, nilaian diri kita di mata orang lain. Mengetahui hal sebenar membuatkan aku lebih tenang dan yakin utk lanjutkan rancangan yg seterusnya. Apa-apa hal, minggu depan kita raikan berita gembira ini! Kenapa minggu depan? Minggu depan jelah pun aku dapat cuti. Dua minggu ni kerja terus-terusan tanpa sehari pun cuti. Ingat nak belikan diri sendiri basikal lah! Basikal pun dah mula mendapat tempat semula di arus perdana... Apa salahnya beli satu kan?

Potret Raya

Raya tahun ni aku kira macam unik sikit. Tak macam tahun-tahun sudah, tahun ni aku tengok dari yg tak pernah papar gambar sendiri sampai ke pangkat raja selfie berlumba-lumba berkongsi potret raya sekeluarga di mukabuku. Biarpun kita yang tak beraya ni pun, sekadar belek-belek pesbuk depan komputer, terasa tempias kemeriahan raya tuh. Tiada gambar utk dikongsi, yg berkerja di hari raya ni pun sebenarnya tidak kurang meriahnya melayan gelagat pengunjung yg bercuti. Contohnya satu kumpulan 4 bilik yg menginap di hotel kami malam tadi mengadu dua buah kerusi plastik yg dia bawa dicuri. Aku pun dengarlah dengan prihatin aduan penginap ni. Mencatat apa yg perlu dan berjanji mengotakan permintaanya untuk memeriksa rakaman cctv utk mengetahui siapa pencuri kerusi tetamu yg dihargai ini. Dipendekkan cerita aku kerahkan lah staf utk membuat carian dan gambar ini adalah hasilnya. Inilah kerusi yg dia mati-mati nak balik sampai nak kena tengok CCTV. Aku tak taulah org lain. Kalau aku setakat keru...

Bali, Here I Come

Di hujung-hujung Ramadan, bbrp minit lagi bersisa sebelum Syawal membuka tirai, sempat lagi aku klik-klik urus itinerari perjalanan ke Bali Oktober nanti. Mcm yg aku cerita dlm entri sebelum ni, asalnya aku tunda niat aku ke Bali sebab si kawan ajak ke Taiwan. Semangat dah ni baca2 pasal Taiwan. Tunggu punya tunggu tiada bunyi pulak! Malas nak berteka-teki petang tadi aku risik2 melalui wasap. Fikir tinggal sedia duit rupa2nya kita kana kasi tinggal! Respon dia tu tak lah katakan sori kami tak bawak kau... Hanya dengan pembukaan ayat, "Penerbangan kami..." aku dah faham. Dah jadi begitu, aku fikir baik aku teruskan aje lah niat aku ke Bali Oktober nanti dgn bbrp perubahan. Tarikh terpaksa dipinda sebab target skrg nak dapatkan tiket yg murah. Nak sambut harijadi di Bali tuh kita lupakan aje lah dulu. Janji sampai ke pulau dewa. Total semua penerbangan pergi balik dan penginapan 3 malam di hotel 3 bintang, hanya RM550. Hotel cincai2 aje lah. Aku bukan pergi berbulan madu pun k...

Sendiri Lagi... Huhuhu...

Hening je bersungkai sorang diri ni kan? Kali ni aku pikir nak tukar selera lah pulak. Dalam kepala masa tuh terfikir nak piza aje. Maka tadi laju lah jari jemari mendail 1-300-88-2525 selepas mengunjar nombornya di halaman sesawang pizzahutdelivery.com. Pesan sikit-sikit je, yg makan pun berdua sorang je pun. Satu pizza personal size dan dua set sayap ayam beserta semangkuk sup cendawan itu sahaja. Total semuanya RM28 jer (peh kalau pergi Param kompom penuh menjinjing plastik makanan dgn harga begini). Dlm 4.38ptg lagi aku pesan tuh... Elok2 nak dekat berbuka puasa, lebih kurang sejam gitu baru pesanan aku tuh sampai. Sekitar 20 minit selepas letak talifon baru yg local punya delivery kol maklumkan yg mereka dah terima pesanan. Operator dihujung talian berpesan kalau ada masalah atau kelambatan dia mintak kol sahaja nombor yg tertera diskrin tuh. Tak kisahlah lambat sikit, janji sampai dan boleh berbuka. Puasa pun ni tinggal bbrp hari lagi. Esok dan lusa pun masih lagi berbuka ditemp...

Menghanjingkan Orang

Mula kata tak nak beli apa utk raya ni (selalu dah cakap mcm tuh). Namun hati berkenan plak nampak baju ala kurta nih. Kebetulan pulak ditawarkan pada harga diskaun jadi apa lagi? Kita klik-klik le beli. Kalau bukan sebab baju ni nak dilaram masa waktu bekerja, di hening pagi raya, tak nak aku pos2 gambar kat media sosial. Disebabkan ada makhluk yg serupa pakai pun bukannya bagus sangat, kita gi tayanglah sikit. Bagi dia bukak mata sikit kan. Tak perlu kata apa-apa pun sebenarnya. Gambar ni dah cukup utk menghanjingkan orang berkenaan. Dikala orang berpusu-pusu ke hulu ke hilir mencari baju raya, aku pulak terkedek-kedek ke tingkat 5 membeli CD nih. Mmg ada simpan hasrat nak beli dulunya secara online. Ni dah nampak depan mata minggu lepas, aku tak rembat terus. Banyak difikir lagi kan risau pulak perbelanjaan yg penting-penting tak cukup nanti. Jadi tangguhlah beli dulu kononnya. As the days went by, hati makin terkenang-kenangkan CD ni atas rak. Nak tak nak, kena beli jugak lah kan? ...

... not from this Earth

Entah kena sampuk apa aku tetiba layan citer nih ptg tadi. Dah tade modal nak layan apa dah kan? Bygone punya era. Zaman-zaman teruja dgn citer teenagers walaupun diri dah tak remaja sangat. Mengenang zaman bergelodak perasaan bila nampak crush kan?  Sekarang nak minat2 tu dah out of question. Bercinta lagi lah dah masuk buku sejarah. Sayang siri ni ada tiga musim jer. Musim yg ketiga pun mcm pendek sangat. Pelakon2 pun mcm byk yg ciao... Dua episod dah siap tonton. Alamatnya kena sambung lagi lah sampai habis musim satu. Bikin gian jugak citer ni taw! Okie mesti korang stress kalau aku ajukan statement nih. DVD dah nmpk orait... Kalau blu-ray mesti mind blowing. Kompom tonton 100x lepas tu haha...

Oh Teddy!

Sakan yea deko raya Suria Sabah? Gamat gitu. Kalau gini bersusun org duk shopping raya. Aku plak bukan nak shopping raya kali ni. Nak ke GSC tingkat 8. Ada apa kat situ? Ada panggung lah! Selfie tu wajib lah kan? Tapi kali ni kita pakai dual camera. Buat kelainan sikit gitu. Amacam okay tak? Korang tak payah tanya lah citer apa aku tengok. Tengok gambar korang mesti dah boleh teka. Citer banyak mencarot... Hahaha... Habis wayang kita ronda Suria. Tak tau pulak ada Matta Fair tgh berlangsung di B-Floor. Rambanglah teros mata tengok pakej2 yg ditawarkan. Perhatian aku sudah tentulah pada pakej ke Bali tak gitu? Baru-baru ni Nora ada ajak aku melancong ke Taiwan. Harga pun boleh tahan murah termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Pikir2 baik aku put off dulu rancangan aku ke Bali tuh. Lagipun trip ke Taiwan ni in group so mesti enjoy sikit! Malar solo tak best jugak kan? Aku tahun ni mmg tak shopping raya apa pun lah. Keje pulak sepanjang raya tuh. Entah2 malam raya pun aku terpaksa st...

Sekali Je Dia Tiup

Kotigod my heart! Punya kuat angin sebentar tadi! Habis berterbangan kanopi kat tapak bazaar hotel kami. Mujurlah ribut datang sekejap jer dan tak bawak hujan sama. Sempatlah kami berkejar memecat kanvas kanopi. Bila angin dah reda kami cuba tegakkan mana2 kanopi yg dah rebah. Orang kuat bazaar sedang mengira dan mengumpul kain kanvas utk distorkan. Walaupun dah off duty tetap gigih turun padang yea. Komitmen begini yg kita mahu kan... Tu dia bukan tapak bazaar je yg terjejas. Kawasan restoran hotel pun turut mendapat kesan ribut tuh. Esok kompom la byk kerja pembersihan yg perlu dibuat tuuhhhh...