Sibuk sangat dua tiga hari ni sampai tertunda nak hapdet cerita. Teruja jugak nak kongsi cerita ni sebab bukan saje kita jadi pelakon dalam cerita ni malah jadi penonton sekali.
Alkisahnya, betapa masin mulut aku ni, tak disangka-sangka terjadi lagi kisah hangat yg bikin semua orang gabra. Sebagai pelakon aku termasuk dalam senarai tertuduh, walhal dengan jelas aku terbongkang tidur di rumah semasa kejadian.
Tidak mahu dilabel sebagai pelakon, aku memilih utk jadi pemerhati dan menilai tindak tandak pengurus operasi baru yg nampaknya hilang punca untuk menuduh siapa lagi yg berkomplot dalam kes ini.
Sedikit pun tidak hairan, penelitian rakaman litar tertutup pengurus operasi, memberikan petunjuk baru kepada kes siasatannya. Adanya rakaman serta merta nama kami yg femes ini digugurkan dari senarai saspek. Atau sekurang-kurangnya bukan saspek utama.
Kerja orang dalam, memetik kata-kata pengurus operasi fokus saspek beralih kepada orang lain.
Aku hanya mampu tersenyum. Sudah tuduh tak pandai pulak nak mintak maaf.
Dari menuding jari, kenapalah agaknya pengurus operasi ni tidak membuat langkah proaktif bagi mengelak kejadian yg sama berulang lagi.
Tahun ini sahaja, termasuk kes yg ini, sudah tiga kali kes yg sama terjadi.

Ulasan
Catat Ulasan