Langkau ke kandungan utama

Bali, Here I Come


Di hujung-hujung Ramadan, bbrp minit lagi bersisa sebelum Syawal membuka tirai, sempat lagi aku klik-klik urus itinerari perjalanan ke Bali Oktober nanti.

Mcm yg aku cerita dlm entri sebelum ni, asalnya aku tunda niat aku ke Bali sebab si kawan ajak ke Taiwan. Semangat dah ni baca2 pasal Taiwan. Tunggu punya tunggu tiada bunyi pulak! Malas nak berteka-teki petang tadi aku risik2 melalui wasap. Fikir tinggal sedia duit rupa2nya kita kana kasi tinggal!

Respon dia tu tak lah katakan sori kami tak bawak kau... Hanya dengan pembukaan ayat, "Penerbangan kami..." aku dah faham.

Dah jadi begitu, aku fikir baik aku teruskan aje lah niat aku ke Bali Oktober nanti dgn bbrp perubahan.

Tarikh terpaksa dipinda sebab target skrg nak dapatkan tiket yg murah. Nak sambut harijadi di Bali tuh kita lupakan aje lah dulu. Janji sampai ke pulau dewa.

Total semua penerbangan pergi balik dan penginapan 3 malam di hotel 3 bintang, hanya RM550. Hotel cincai2 aje lah. Aku bukan pergi berbulan madu pun kan?

Setel dah masalah pertama, the next thing yg aku perlu risau mungkin carik supir di sana. Memandangkan aku pun tak byk sgt tempat nak kunjungi mungkin aku tak perlu upah supir dua hari penuh kot. Hari ke dua mungkin aku ambil separuh hari. Esoknya pulak satu hari penuh. Tengok lah kan mcm mana?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.