Langkau ke kandungan utama

Damn you, Jackson!

Ingat tak lagi entri ini? Alah pasal brother nama Jackson kehilangan kerusi plastik tuh?

Tunggu punya tunggu, seminggu lebih dah, tak nampak pun bayang si Jackson ni kutip kerusi plastik dia. Hari tu beriya sangat kata nak ambil. I kerja dekat aje, Putatan. Sekali tengok bayang dia pun takde.

Melihat kejadian aku boleh katakan si Jackson ni, bukan nak sangat kerusi buruk dia tuh. Sebenarnya dia nak tahu sapa yg kebas kerusi plastik dia tuh. Kerusi mcm tuh ada org nak ke?

Aku difahamkan pada mulanya Jackson dan geng mengesyaki perbuatan staf hotel. Tidak dilaporkan terus hanya semasa daftar keluar hotel baru dia meminta supaya dibuka rakaman litar tertutup. Pada masa ini jugaklah dia memaklumkan kerusi dia tuh berwarna pinky pudar.

Pinky lah sangat.

Mengetahui keadaan kerusi usang dia tuh aku boleh "rule out" niat mencuri tuh di kalangan staf. Pada masa kejadian bukan staf hotel sahaja yg berada di kawasan hotel, tetapi turut ada ialah para tamu yg lain.

Dari tempat di mana kerusi itu ditemui aku percaya, kerusi tuh "dipinjam" oleh tamu lain yg menginap utk lepak di tepi pantai. Tamu yg dikasihi itu pula tidak tahu memulangkan semula kerusi tuh. Bisu agaknya tak pandai mintak izin orang kalau nak pinjam barang.

Apa pun, kalau tak tuntut kerusi dalam sebulan (biasanya tiga bulan) akan dimusnahkan lah. Kalau tak dimusnahkan kita sedekohkan aje.

Jangan tak percaya ada yg dah dua tiga tahun pun tetiba boleh ingat barang yg diorang tertinggal kat hotel. Mcm rumah dia pulak main tinggal2 barang lepas tu memerintah pulak tu suh cek.

Sori yea cik puan, selepas tiga bulan tidak dituntut we have to dispose your things. Buat semak hotel aje!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...