Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Katak Tunggang Basikal

Tersengih kulat bila terima bluray ni semalam. Yg dipesan dah sampai mana tidaknya? Sampai rumah terus kopek semak apa kandungan. Rasmilah sudah ini bluray pertama yg dipesan dan sampai tahun ni dari Amazon. Nolstagia bila tengok katak ni naik beskal. Terbitan 1979, dipetik dari filem The Muppet Movie. Ada lima muvie yg menanti giliran untuk dilayan..

Ketik-ketik

Sekali sekala turun padang ketik-ketik seronok jugak. Ditambah lagi bila berada di satu tempat yg ada bermacam ragam manusia memberi byk peluang merakam aksi2 spontan. Kalau dulu hanya puluh-puluh sahaja gambar terhasil, skrg dah boleh capai ratusan. Hebat tak hebat tuh? Lagi-lagi dengan adanya kamera berzum buat aku lebih ghairah mengambil gambar. Dengan adanya kamera berzum, rasa segan mengacukan kamera tu hilang. Walaupun di hujung padang sana aku boleh mengetik tanpa ragu-ragu. Tiada sudah zaman kamera henfon perlu dikejarkan pada tempat kejadian. Cuma acu dan zum. Memberi kebebasan bukan sahaja pada aku, malah pada subjek yg hendak dirakam aksinya. Aku kurang gemar mengambil gambar yg mana orangnya tahu gambarnya diambil. Lebih suka meneropong dari jauh membiarkan subjek memberi pose bebas tanpa perlu dirancang. Hasil gambar begini pada aku lebih jujur dari yg OK semua beratur masuk frame. Aku malas nak fikir pasal pencahayaan. Sudut mana yg menarik. Nampak yg menar...

Semuanya Terlepas Ke Tangan Orang

Biarpun dalam keadaan sendu, selesai juga dengan jayanya majlis tahunan hotel malam tadi. Seperti tradisi hotel terdahulu, sebelah paginya diadakan sukaneka antara staf sebagai pembukaan. Serentak itu semua staf dijemput bermalam di hotel dgn percuma (amalan yg dimulakan semasa aku memgemudi majlis ini dulu) Ini montaj sepanjang 4 minit yg aku godek khas untuk tayangan pada makan malam tadi. Kembang2 jugak hidung bila dpt sorakan dari audien semasa ditayangkan. Bila dah ada staf party tu kompom la akan diadakan cabutan bertuah. Mata tu berkenan sangat bbrp item tuh tapi sayangnya semua jatuh ke tangan org lain. Item feberet malam tu awal2 lagi terlepas kepada penama cabutan pertama. Nasiblah kaw mesin basuh, kalau dapat kat aku boleh jugak aku jual balik. Joseph ni kan tahun-tahun untong. Mana2 yg jadi rebutan dia mesti rembat bawak balik. Kalau aku dapat microwave ni pikir nak wakaf kat my dept, lapar2 senang nak masak megi. Ini lagi bikin sakit hati, cabut-cabut...

Kegilaan Baru

Kegilaan baru dah skrg layan IFLIX sampai lupa nak hapdet blog kan? One month free trial, jadi apa lagi kan? Maraton sampai lebam mata, dua musim pertama siri SUPERNATURAL. Ni semua sebab nak kejar musim ke tiga. Balik Kehel hari tu adik aku ada bagi spare bluray SUPERNATURAL season 3. Dari jadi penghias rak, elok jugak lah dikopek tengok. Tapi takan nak lompat-lompat terus ke musim yg ke-tiga. Nak beli bluray dua musim yg pertama tuh mcm tak kwasa dah den. Iflix le jalan paling mudah nak layan tanpa perlu mengumpul siri ni lagi. Kalau nak beli jugak rasanya elok tunggu siri ni ditamatkan. Sedap sikit beli yg boxset, kompak gitu. Bercakap pasal bluray, ini adalah yg pertama aku terima tahun ni. Ada tengok lagu-lagu dia kat youtube dan tertarik pulak untuk mengetahui lebih lanjut ceritanya. Tambah-tambah lagi bila tahu jalan cerita filem ini diadaptasi dari Romeo dan Juliet. Nak kata bluray yg ni bluray pertama tahun ni pun tak berapa aci jugak lah. Satunya sebab bluray ...

Dilwale

2016 ni nampaknya dibuka oleh filem Dilwale. Tu dia na, sesak panggung macam Kajol sendiri turun bersama peminat. Walaupun 15 minit lagi tayangan nak mula kami sudah terpacak di pintu tiket GSC 1B. Kenapa kami pilih GSC 1B? Hanya GSC 1B je yg menayangkan Dilwale. Ceritanya nak pegi tayangan belah petang. Tinjau-tinjau tempahan tiket semuanya dah SOLD OUT. Kalau ada pun yg kosong lagi, tempat duduknya yg paling depan. Larat ke nak melangui skrin selama lebih kurang 2 jam 40 minit? Bincang punya bincang kami berempat pun bersetuju ambil tayangan malam pada pukul 11.15. Kami berempat di sini ialah (dari kiri atas ikut arah jam) Johan, Suzie, Siti dan aku sendiri. Secara keseluruhan Dilwale mmg menghiburkan. Ada satu masa tu aku ketawa sampai sesak nafas. Tak rugi turun jauh2 malam2 buta untuk tengok citer nih. Johnny Liver tetap unggul dalam kategori komedi. Kajol -tarikan utama- WOW makin cun! Recommended for U viewing. Lepas ni apa pulak? Cuba teka cardboa...

Orang Gila

Apa ni bukak-bukak tahun, bagi tajuk orang gila? Ha jangan buat-buat tak tahu. Kat mana-mana skrg ni banyak orang gila. Baru-baru ni ada seorang perempuan gila menceroboh kat resort tempat aku kerja. Punya lah cemas, takut si tiga suku mengganggu ketenteraman tamu yg lain. Kakitangan yg ada pun tidak dapat menangani tetamu yg tidak diundang. Sebagai yg bertanggungjawab, mahu tak mahu terpaksa lah mengadu masalah kepada pihak polis. "Tuan, kami ada masalah nih. Ada org gila menceroboh hotel kami." Belum pun habis ayat aku, operator di talian memintas, "Kami pun ada masalah!!! Masalahnya kami tiada petugas perempuan!!!" Sudahlah kusut fikiran takut si gila merosakkan harta benda hotel, keselamatan staf dan tetamu yg ada ini pulak jawapannya! "Jadi tuan macam mana ni? Staf saya tidak berani tangkap perempuan gila ni takut dicederakan???" Selepas berbahas berdebat dan meninggikan sedikit suara baru lah si pak polisi berjanji akan menghantar pero...