Apa ni bukak-bukak tahun, bagi tajuk orang gila?
Ha jangan buat-buat tak tahu. Kat mana-mana skrg ni banyak orang gila. Baru-baru ni ada seorang perempuan gila menceroboh kat resort tempat aku kerja.
Punya lah cemas, takut si tiga suku mengganggu ketenteraman tamu yg lain. Kakitangan yg ada pun tidak dapat menangani tetamu yg tidak diundang. Sebagai yg bertanggungjawab, mahu tak mahu terpaksa lah mengadu masalah kepada pihak polis.
"Tuan, kami ada masalah nih. Ada org gila menceroboh hotel kami."
Belum pun habis ayat aku, operator di talian memintas, "Kami pun ada masalah!!! Masalahnya kami tiada petugas perempuan!!!"
Sudahlah kusut fikiran takut si gila merosakkan harta benda hotel, keselamatan staf dan tetamu yg ada ini pulak jawapannya!
"Jadi tuan macam mana ni? Staf saya tidak berani tangkap perempuan gila ni takut dicederakan???"
Selepas berbahas berdebat dan meninggikan sedikit suara baru lah si pak polisi berjanji akan menghantar peronda ke sana. Itu pun rasa mcm polis kelink punya cerita. Lambatnya yg maha. Lepas tu lenggang kangkung lagi mcm tade apa kejadian yg boleh membahayakan sesiapa.
Yg aku pelik tuh nampak aje polis si senteng ni terus cool down. Macam menyerahkan diri terus. Tengok jelah dalam gambar, macam walk in the park aje dia dgn dua peronda polis tuh. Padahal sebelum polis datang mcm2 amukkan dia.
Mujurlah si gila ni tak rosakkan barang berharga, setakat gelas kaca aje yg pecah. Keadaan pun terkawal sebab tiada seorang pun tetamu menyedari kejadian yg terjadi. Kalau ada yg perasan pun rasanya tidak menyebabkan mereka terangkat kening.
Sesuatu yg aku bangga jugaklah biarpun sakit hati dengan pak polisi dlm talipun tuh sampai skrg. Kenang-kenang balik mmg boleh jadi gila jugak aku sama.

Ulasan
Catat Ulasan