Langkau ke kandungan utama

Kegilaan Baru


Kegilaan baru dah skrg layan IFLIX sampai lupa nak hapdet blog kan?

One month free trial, jadi apa lagi kan? Maraton sampai lebam mata, dua musim pertama siri SUPERNATURAL. Ni semua sebab nak kejar musim ke tiga.

Balik Kehel hari tu adik aku ada bagi spare bluray SUPERNATURAL season 3. Dari jadi penghias rak, elok jugak lah dikopek tengok. Tapi takan nak lompat-lompat terus ke musim yg ke-tiga.

Nak beli bluray dua musim yg pertama tuh mcm tak kwasa dah den. Iflix le jalan paling mudah nak layan tanpa perlu mengumpul siri ni lagi. Kalau nak beli jugak rasanya elok tunggu siri ni ditamatkan. Sedap sikit beli yg boxset, kompak gitu.


Bercakap pasal bluray, ini adalah yg pertama aku terima tahun ni. Ada tengok lagu-lagu dia kat youtube dan tertarik pulak untuk mengetahui lebih lanjut ceritanya. Tambah-tambah lagi bila tahu jalan cerita filem ini diadaptasi dari Romeo dan Juliet.

Nak kata bluray yg ni bluray pertama tahun ni pun tak berapa aci jugak lah. Satunya sebab bluray ini dipesan dalam hujung tahun lepas. Nak tahu apa bluray pertama yg aku pesan tahun ni kena tunggulah dlm bbrp minggu lagi.

Sibuk2 berbluray beriflix bagai, hampir-hampir lupa staff party akan dilangsungkan hujung minggu ni. Baju tak tahu dapat ke tidak ni. Minggu lepas cuba beli tapi kena refund sebab dah habis stok. Tak putus asa aku cuba lagi pesan baju yg kaler lain pulak. Harap ada berita baiklah untuk disemak hari ni. Kalau tidak kita pakai apa yg ada ajelah.

Nak sakan bergaya tuh rasanya takde lah jugak. Asal kena dengan tema ala2 selebrity night gitu cukuplah. Nak melaram lebih rasanya tak ngam dengan kerja aku malam tuh. Malam tuh aku ditugaskan snap2 gambar sesama majlis berlangsung. Jadi konsepnya retis ala kadar... Hahaha...

Apa2 nanti aku hapdet. Kitorang punya staf party ni normally akan ada dibuat family day paginya. Itu pun aku kena cover jugak plus sediakan montaj untuk tayangan masa malam dinner.

Apa target aku malam tu nanti? Harap2 dpt tiket penerbangan, the highest prize untuk cabutan bertuah seperti yg dikhabarkan. Paling tidak pun penginapan kat hotel2 ke boleh jugak tengok mcm mn servis ditempat lain kan? Kalau takde rezeki sangat bawak balik microwave satu pun jadilah... Hahaha!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...