Sekali sekala turun padang ketik-ketik seronok jugak. Ditambah lagi bila berada di satu tempat yg ada bermacam ragam manusia memberi byk peluang merakam aksi2 spontan. Kalau dulu hanya puluh-puluh sahaja gambar terhasil, skrg dah boleh capai ratusan. Hebat tak hebat tuh? Lagi-lagi dengan adanya kamera berzum buat aku lebih ghairah mengambil gambar.
Dengan adanya kamera berzum, rasa segan mengacukan kamera tu hilang. Walaupun di hujung padang sana aku boleh mengetik tanpa ragu-ragu. Tiada sudah zaman kamera henfon perlu dikejarkan pada tempat kejadian. Cuma acu dan zum. Memberi kebebasan bukan sahaja pada aku, malah pada subjek yg hendak dirakam aksinya.
Aku kurang gemar mengambil gambar yg mana orangnya tahu gambarnya diambil. Lebih suka meneropong dari jauh membiarkan subjek memberi pose bebas tanpa perlu dirancang. Hasil gambar begini pada aku lebih jujur dari yg OK semua beratur masuk frame.
Aku malas nak fikir pasal pencahayaan. Sudut mana yg menarik. Nampak yg menarik terus aje acu. Bagi aku, yg penting adalah apa yg subjek itu buat bukan apa yg aku buat.
Ulasan
Catat Ulasan