Jangan kecam aku bila nampak tajuk entri kali ini.
Kebetulan filem ADA APA DENGAN CINTA 2 sedang ditayangkan, jadi aku pun cilok le bikin tajuk aku sendiri.
Ikut trailer AADC2 filem yg kedua terjadi selepas 14 tahun latar waktu filem pertama.
Empat belas tahun tuhhhhh. WOW!
Tak terlintas plak yg filem tuh akan ada sekuel kemudiannya.
Jujurnya aku pun dah lupa jalan cerita filem yg pertama. Satunya bukan "big fan" dari filem seberang. Selain OSTnya yg bikin galau, ingatan aku hanya pada penghujung filem, yg pada masa tu aku fikir sedikit tergantung.
Mungkin bermodalkan dari "sedikit tergantung" tuh pembikin filem mendapat ilham untuk buat filem yg kedua.
Ini semua "wild guess" aku aje kalau nak tau korang selidik le sikit.
Yg aku terpanggil sebenarnya bila tengok trailer filem kedua ni sesambil berkhayal sendiri-sendiri ialah apa yg terjadi pada pertemuan semula setelah sekian lama? Begitu kuatkah kenangan itu sehingga menemukan semula yg terpisah sekian lama *chewah*
Aku cakap ni merujuk pada pengalaman sendiri kah?
Sudah tentulah kan. Apa-apa pun berbalik pada diri kita jugak? Mungkin juga sebab tuh aku cuba mencari-cari dalam diri jika ada kenangan lampau menyapa semula, yg EMPAT BELAS TAHUN YG LALU KER, tapi sayangnya tiada.
Sebab tiada tu lah yg membuatkan aku berfikir.
Kenapa TIADA???
Aku runsing sebab aku tiada orang untuk dikenang???
Entahlah!!!
Mungkin aku seronok dengan apa yg aku ada skrg membuatkan aku lupa untuk mengenang yg sudah-sudah.
Kalau sudah tiada lagi untuk dikenang apa lagi yg tinggal untuk aku?
MASA DEPAN.
Toksah fikir-fikir, pergi je ke panggung dan tengok apa kesudahannya selepas 14 tahun.
Ada kah perasaan itu masih di situ?
Jeng jeng...

AADC gitew...terimbau la kisah2 chenta si ding hang...ekekekkeke
BalasPadam