Langkau ke kandungan utama

Pom-Pom Girl

Terbaca chat grup staf aku. Lupa nak logout lettew. Mula fikir tak nak skrol. But what the harm kan?

Pedas jugaklah muka aku baca.

Salah sendiri jugak saper suh baca? Curiosity kills the cat kan?

Marah tuh mmg ada, tapi bila fikir-fikir boleh jadi bodoh kalau dilayan pemikiran staf-staf pompuan ni. Entah-entah boleh gaduh.

Cerita asalnya satu staf ni selalu mengadu pasal roaster kerja. Maklumlah kerja shift. Ada pulak satu staf ni suka rekues shift tertentu dan mintak cuti awal. Aku takde masalah sangat pun. Tapi bila dah ada org ngadu aku pun buatlah teguran secara umum.

Boleh-boleh pulak kata aku marah. Kalau marah tak pe jugak, tapi byk nama lain keluar.

Yg terkejut tuh, segala nama panggilan tuh datang dari yg staf mengadu dan staf yg suka rekues shif tuh.

Selama-lama aku hidup, ini lah pertama kali kut aku kena org muka dua talam. Marah bukan main depan aku. Tapi depan org yg dia kumplin aku pulak yg diburukkan.

Mungkin bukan pertama kali kut. Mungkin sebab aku dah anggap sebagai kawan aku pilih untuk tidak nampak keburukan orang.

Sebelum ni pun dah ada hint. Berkelahi sesama sendiri sebab mulut tak reti diam. Lepas tuh letak salah pada aku plak. Nasib staf sorang ni bijak sikit... Dan mungkin sbb tuh dia tak berapa nak gemar layan gelagat dorang.

Okeylah I learned the hard way.

Aku boleh pilih porak perandakan staf tu kalau nak. Cuma produktif kah pilihan tuh? Aku kena ingatkan diri balik apa tujuan aku kerja di hotel nih. Takan aku nak bazirkan tenaga dan fikiran aku semata-mata untuk puaskan sekelumit dendam?

Kamon lahhh!!!

Orang-orang begini kau tak payah usik pun akan berbalah jugak. Skrg dorang rasa BFF lah. Esok lusa ada salah faham, jgn haraplah aku akan masuk campur. Aku perati aje nanti dan dengan konfiden aku jawab...

NO COMMENT!

Ulasan

  1. malas nak pikir dh skrg org2 mcm ni, kalau kat fb dah dah unfriend lepas tu block haha. banyak lagi benda mau dipikirin dong

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh... buang karan bagus layan perasaan tgk korea kat iflix... kih3x

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.