Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Perjalanan

Masih belum hilang lagi angau aku kat Feiyu G4 Plus. Pembelian ini bagi aku banyak menyelesaikan kerisauan aku terhadap kualiti panning dan tilting video yg aku ambil. Maklum sajelah tangan aku ni bukanlah the steadiest in the world kan? Ada digital stabiliser pun masih lagi rasa video tak smooth... Dem! Nak perkayakan lagi pengalaman merakam video tuh aku dah klik2 order extension rod. Aku tak tau lah rod tu ori ker tak, bagus ke tidak sbb tengok harga ya hampun murahnya!!! Nak tau kena order dulu lah sepasang. Sesambil tunggu sampai tuh, fikiran aku cuba merancang tempat-tempat yg bakal aku lawati di Jogja nanti. Lalu jari-jari runcing ku mengetuk-ngetuk papan kekunci membentuk ayat. Tersengih aku bila ingat semula momen aku tunjuk gambar venue yg nak dilawat kat member aku sorang nih. Berdebor jugak hati masa tuh kalau dia tak setuju. Sangkaan pakcik meleset. Si kawan terus kata nak pergi. Terujanya aku bila fikir balik. Wow kami nak pergi lawat CHICKEN CHURCH!!! ...

Terlalu Cinta

Tinjau-tinjau Drone hari tu membawa aku mengenali satu gajet lagi - handheld 3-Axis Gimbal. Mula tuh DJI Osmo kononnya, tapi dengan harganya yg terlalu cantek terpaksalah aku cari alternatif lain. Ternyata video stabiliser dari Feiyu ini tidak menghampakan. Youtube byk membantu dlm membuat keputusan pembelian kali ini... Hidup reviewer youtube! Selamat terima kemarin terus saja buka walaupun masih terpinga-pinga dlm banyak segi. Ini gimbal yg disertakan lengkap dengan pemberat, bateri boleh caj. Ikutkan ni dah cukup lah kan? Tapi rasanya nak tambah bbrp aksesori tambahan bagi melengkapkan lagi pengalaman merakam video tuh. Lagipun benda ni mmg aku nak bawah ke Jogja jugak. Gambar aje rasanya tak cukup? Kebetulan aku ada channel youtube sendiri maka nak jugak rakam something utk dimuatnaik nanti tak gitu??? Baca sepintas lalu aje manual ni, yg faham apa yg ditontonkan kat youtube aje. Lampu bateri flash ke hapa tuh aku tak brp nak tangkap.. Kaler sama aje. Tanpa m...

Suara Hati Seorang Kekasih

Ni nak citer nih. Dlm duk diam-diam. Tak LIKE, tak COMMENT gambo yg kita post. Rupa-rupanya ada kawan sorang ni gugel cek brp rega drone yg kita beli. Berapa yg aku perlu bayar tu tak perlu lah aku nak kompang kan ke serata alam. Cuma curious jugak lah sampai ada org sanggup gugel menda yg kita beli. Apa yg aku nak cakap, masa beli tuh untunglah sedikit bg aku sbb dpt harga yg lebih murah dari harga pasaran. Kos penghantaran pulak percuma. Kalau tak kerana faktor2 ni, dua tiga kali jugak aku berfikir nak beli tau! Dah murah tuh of kos lah ada yg kurang di sana sini. Yg paling penting aku nak tambah selayak status nobis aku ni ada dua menda: bag dan satu spare battery. Setiap battery tu boleh tahan dlm lebih kurang 20 minit penerbangan. Masa beli drone satu je bateri yg ada jadi tak syok lah kan dah penat2 ke lokasi yg lawa ko hanya mampu meneroka angkasa dlm 20 minit je. Beg aku perlu utk senang nak simpan drone nuh. Kotak beso sangat makan ruang bilik aku tuh yg ...

Sayang Mau Apa?

Lupa plak nak citer yg baru-baru ni jejak kasih dengan EX. EX, kau tanya. Ha jangan salah faham plak yea. Jejak kasih dengan ex-roommate. Biar pun sekadar dalam talipun terjalin juga hubungan yg terputus sejak sekian lama. Member sorang ni plak buta IT. Dari zaman belajar sampai dah jadik cikgu-cikgi ni pun malas beno nak belajar menda2 teknologi nih. Jangankan Wasap, Pesbuk bagai tu pun dia takde. Yg dia reti pakai talipun je. Itu lah pasal bila dah los kontek susah beno nak jejak semula. Bayangkanlah, 11 tahun dia mengajar di Sabah langsung tak jumpa? Dah bbrp tahun meninggalkan Sabah baru bbrp hari lepas ni dapat dihubungi semula. Keinginan nak menghubungi kengkawan lama ni bukan baru. Cakap-cakap pasal nak berkumpul dan turun semula ke UUM sudah ada sejak tahun lepas lagi. Hanya rancangan mini reunion dgn sorang member (kira close jugak dulu) yg aku ambil serius sikit. Sesuailah jugak dibuat tahun ni sbb September ni genaplah 10 tahun aku meninggalkan UUM. Doa aku se...

Jangan Ajak-Ajak Dia

Agaknya skrg ni musim demam dron kut yea. Aku pun ikut sama mabuk kepengen sebijik. Sebelum membuat pembelian tuh, jenuh jugak lah aku membuat tinjauan. Hari-hari bukak youtube, halaman rebiu utk mendapatkan model yg paling sesuai dengan tahap nobis seperti aku ni. Mujurlah aku tak perlu habiskan masa yg byk utk buat pilihan. Pilihan terakhir aku jatuh pada DJI Phantom 3 Standard. Sayang sangat nak buang segala tag pada dron tu kan. Sanggup lekap balik kat dompet manual dron dari dibuang begitu sahaja. Rasa sayang dan mungkin juga sedikit kesal sebab pembelian dron ni pada asalnya ada kaitan dengan lawatan ke Jogja bulan Oktober nih. Bukan selalu pergi kan, jadi aku fikir apa salah kita buat sesuatu yg spesel sedikit. Dari situ lah tercetus idea merakam ariel biu Candi Borubodur menggunakan dron. Atau paling tidak pun ber-dronie dari kebiasaan yg kita buat ber-selfie. Sekali lagi rasa sayang-sayang hey, kita perlu kebenaran rasmi merakam tapak agama Buddha yg terbesa...

I'm Still Loving You

Kebetulan pulak off day, 1 Ramadhan kemarin, jadi aku ambil kesempatan tuh tuk gi switch ke Digi for my secondary number. Nombor khas tuk tenet2 seja katanya, IFLIX, NETFLIX segala. Setel aje MNP tus aje langgan pakej yg paling besar internet dia... RM88/10GB sebulan. Plus free weekend quota, tak termasuk lagi free unlimited 1am-7am selama sebulan. Kemaruk streaming punya service lah aku berhabis duit mcm ni... Hahaha... Tgh dlm kesibukan mengejar masa tuh ada juga manusia hantar signal FLIRT kat aku. Hey bukan selalu org notice aku kan? Once in awhile, walaupun org bilang dah off market for so long, so pencen lah you, namun tidak dinafikan ada jugak sedikit membusung dada tuh. Next time kuar kena put more effort on looks laini kan? Hahaha... Gatai bulan2 poser mcm ni. Tanjat Boboi kan? Singgah Speedy Video kat Suria jumpa plak CD OST AADC2. Aku apa lagi rembat terus lah tak kasi peluang. Harga pulak bapak murahnya, RM19.90 saje tak segan-segan hulur kad mintak swipe s...

Ratusan Purnama

Kegalauan fikiran yg merundung jiwaku - makan masa tak lapar, bangkit masa tidur - aku tamatkan dengan pembelian tiket melancong ke Jogja pagi kelmarin. Lama dah tinjau tiket sejak April lagi, namun baru semalam tekad dibulatkan. Kali ini berteman makanya lebih mudah mengatur tur dan boleh jimat separuh dari ongkos perjalanan. Ada dua orang ajak pergi Jogja hujung tahun ni. Memandangkan member yg bakal mengiring ke sana lebih fleksibel masanya maka kami sedestinasilah untuk tahun ini. Dengan ongkos RM722 - perlu transit ke Kuala Lumpur dahulu kaerana tiada penerbangan terus ke Jogja - itu termasuk penginapan, bermakna aku sudah satu langkah lagi nak ke sana. Ke Jogja bukan kerana populariti AADC2, tetapi lebih kepada menunaikan hasrat melawat tapak Candi Borobudur yg terletak di Magelang, Jawa Tengah. Siap rancang nak bawak drone lagi tuh, namun terpaksa dibatalkan kerana agak rumit dan memakan masa untuk meminta kebenaran merakam footage menggunakan drone di tapak warisan u...