Langkau ke kandungan utama

Suara Hati Seorang Kekasih

Ni nak citer nih.

Dlm duk diam-diam. Tak LIKE, tak COMMENT gambo yg kita post. Rupa-rupanya ada kawan sorang ni gugel cek brp rega drone yg kita beli.

Berapa yg aku perlu bayar tu tak perlu lah aku nak kompang kan ke serata alam. Cuma curious jugak lah sampai ada org sanggup gugel menda yg kita beli.

Apa yg aku nak cakap, masa beli tuh untunglah sedikit bg aku sbb dpt harga yg lebih murah dari harga pasaran. Kos penghantaran pulak percuma. Kalau tak kerana faktor2 ni, dua tiga kali jugak aku berfikir nak beli tau!

Dah murah tuh of kos lah ada yg kurang di sana sini.


Yg paling penting aku nak tambah selayak status nobis aku ni ada dua menda: bag dan satu spare battery.

Setiap battery tu boleh tahan dlm lebih kurang 20 minit penerbangan. Masa beli drone satu je bateri yg ada jadi tak syok lah kan dah penat2 ke lokasi yg lawa ko hanya mampu meneroka angkasa dlm 20 minit je.


Beg aku perlu utk senang nak simpan drone nuh. Kotak beso sangat makan ruang bilik aku tuh yg sekangkang kera (aka banyak blu-rays).

Paling penting sekali beli beg ni supaya senang sikit nak hurung ke mana-mana. Lagi-lagi bila raya nanti ni ada rancangan nak ke Simpang Mengayau. Jadi tak hip lah kan bawak drone dlm kotak asalnya???


Ewah... Bergaya je lebih nih kan? Tapi dah boleh lah nak travel ke mana-mana nanti nih tanpa perlu fikir sgt keselamatan drone tuh. 

Ulasan

  1. Kalau tengah terbang bateri abis camne

    BalasPadam
  2. huhuhu... ada function return home for emergency landing dan amaran low batt jika sudah mencapai peratusan tertentu... biasanya 10%.

    kalau terputus hubungan dgn controller, drone akan automatic return home.

    drone ni dilengkapkan dgn GPS... hehehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...