Langkau ke kandungan utama

Ratusan Purnama


Kegalauan fikiran yg merundung jiwaku - makan masa tak lapar, bangkit masa tidur - aku tamatkan dengan pembelian tiket melancong ke Jogja pagi kelmarin.

Lama dah tinjau tiket sejak April lagi, namun baru semalam tekad dibulatkan. Kali ini berteman makanya lebih mudah mengatur tur dan boleh jimat separuh dari ongkos perjalanan.

Ada dua orang ajak pergi Jogja hujung tahun ni. Memandangkan member yg bakal mengiring ke sana lebih fleksibel masanya maka kami sedestinasilah untuk tahun ini.

Dengan ongkos RM722 - perlu transit ke Kuala Lumpur dahulu kaerana tiada penerbangan terus ke Jogja - itu termasuk penginapan, bermakna aku sudah satu langkah lagi nak ke sana.

Ke Jogja bukan kerana populariti AADC2, tetapi lebih kepada menunaikan hasrat melawat tapak Candi Borobudur yg terletak di Magelang, Jawa Tengah. Siap rancang nak bawak drone lagi tuh, namun terpaksa dibatalkan kerana agak rumit dan memakan masa untuk meminta kebenaran merakam footage menggunakan drone di tapak warisan unesco itu.

Padahal kita hanya mahu berDRONIE aje bukan nak rakam keseluruhan tapak. Begitupun dronenya tetap aku beli jugak sebab aku rasa ada kelebihan utk buat video dari udara. Bila sampai dronenya nanti kita kongsikan cerita.

Selain Candi Borubudur dan kawasan yg berdekatan, aku teringin jugak untuk menjenguk Gunung Berapi Merapi. Melihat sendiri kesan kebinasaan yg diluahkan oleh Gunung Merapi sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Kali terakhir Gunung Merapi meletus adalah pada tahun 2010.

Macam aku cakap satu langkah sudah dibuat satu langkah lagi mcm biasa adalah meninjau-ninjau pakej yg ada. Upah supir ronda Jogja atau bagaimana?

Lebih kurang empat bulan dari skrg untuk aku kembali menjadi jutawan. Kali ini di tanah Jawa asal wangsa kitewww!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...