Langkau ke kandungan utama

Perjalanan

Masih belum hilang lagi angau aku kat Feiyu G4 Plus. Pembelian ini bagi aku banyak menyelesaikan kerisauan aku terhadap kualiti panning dan tilting video yg aku ambil. Maklum sajelah tangan aku ni bukanlah the steadiest in the world kan?

Ada digital stabiliser pun masih lagi rasa video tak smooth... Dem!

Nak perkayakan lagi pengalaman merakam video tuh aku dah klik2 order extension rod. Aku tak tau lah rod tu ori ker tak, bagus ke tidak sbb tengok harga ya hampun murahnya!!!

Nak tau kena order dulu lah sepasang.

Sesambil tunggu sampai tuh, fikiran aku cuba merancang tempat-tempat yg bakal aku lawati di Jogja nanti.

Lalu jari-jari runcing ku mengetuk-ngetuk papan kekunci membentuk ayat.

Tersengih aku bila ingat semula momen aku tunjuk gambar venue yg nak dilawat kat member aku sorang nih. Berdebor jugak hati masa tuh kalau dia tak setuju.

Sangkaan pakcik meleset.

Si kawan terus kata nak pergi.

Terujanya aku bila fikir balik. Wow kami nak pergi lawat CHICKEN CHURCH!!!

Eh ko buat apa nak gi church nok?

Nama aje church tapi dari info yg aku kumpul dari angkol gugel tempat tu sebenarnya bukan gereja pun. Asalnya dibina sebagai rehabilation centre. Skrg telah ditinggalkan dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Magelang.

Bentuk chicken church yg disangka seekor ayam tu pun dahulunya diinspirasi dari burung merpati. Burung merpati kan lambang kebebasan gitu.

Paling penting kami nak pergi sana sebab tempat tuh feature dalam AADC2... Hehehe... Jangan jelos!

Tak jauh dari kawasan tuh - masih Magelang, Jogjakarta, adalah tapak warisan Unesco yg menempatkan candi agama Buddha aliran Mahayana yg terbesar di dunia.

CANDI BORUBUDUR.

Tak tau lah nak kata apa kalau tak pergi tempat ni mmg tak sah lah lawatan ke Jogjakarta kan? Tujuan utama ke situ tidak lain tidak bukan adalah untuk melihat kehebatan teknologi binaan rekaan manusia dulu-dulu.

Tipu lah sangat oi?

Tujuan sebenar nak bergambar. Berselfie bagai... Hahaha.

Dalam ketakjuban terhadap binaan manusia, semua itu tidak akan terhasil tanpa wujudnya gunung berapi Merapi.

Dah sampai Candi Borubudur elok lah buat tour di kaki GUNUNG MERAPI. Teringin nak mengabadikan sekeping gambar berlatarkan gunung yg memusnahkan dan mencipta semula kehidupana di Magelang.

Harapnya masa aku datang tu cuaca cerah langit tanpa awan.

Tak guna jugak kalau datang puncak gunung dilitupi awan.

Belum selesai lagi lawatan kami kawan-kawan, ada bbrp tempat lagi yg perlu dikunjungi. Candi Borubudur terkenal dgn tapak agama org Buddha, CANDI PARAMBANAN pula binaan terbesar di Jawa untuk penganut Hindu.

Alang-alang dah dekat tuh aku fikir elok jugak menyinggah di CANDI SEWU. Jimat masa dah di situ.

Semuanya macam jauh2 dari hotel tempat aku pergi. Yg dekat-dekat tempat hotel kau tak nak pergi jenguk ker?

Of kos lah nak!

Yg aku nak posing sakan sudah tentulah dengan tanda nama JALAN MALIOBORO tuh. Dekat aje dgn hotel yg aku menginap nanti. Lebih kurang 5 minit berjalan je.

Tarikan lain yg berdekatan rasa perlu masuk dalam itenari kami ni sudah tentulah TAMAN SARI. Sebelum Taman Sari tu katanya ada masjid bawah tanah. Uish mcm menarik aje, kalau setakat sekejap tu nak jugak lah singgah. Dah namanya pun sekadar nak bergambo yea tak?

Cukup tempat2 bersejarah aku fikir nak lawat dua pantai lah pulak... Takdan lah nak berbikini di situ sekadar menikmati keindahan alam pun sudah memadai. Dalam kepala aku ada dua pantai nak pergi. Kalau tak sempat dua, salah satu pun jadilah.

Pilihan pertama PANTAI PARANGITIS dan yg kedua PANTAI SIUNG.

Aku tau lama lagi nak pergi Jogja tuh supir pun belum ada. Namun dengan ada rancangan begini, lawatan kita akan lebih fokus dan tidak membuang masa ke tempat yg akhirnya mengecewakan kita.

Jangan dah menapak di tempat yg dilawati baru nak mengatur perjalanan tu yg paling dey-mit. Ini yg aku perati kat penginap-penginap kat hotel aku kerja. Masa daftar masuk hotel baru meraba nak buat apa?

Kalau ada tempat-tempat menarik lain -ada masa terluang- yg dicadangkan oleh pak supir kita pergi aje. Janji pak supir bawak jugak kita tempat-tempat makan yg sedap.

Haaaa kau fikir mata aje nak jamu... Selera pun penting hokey!

Gudeg jangan dilupa. Menu orang Jogja. Sementara melancong 4 hari tiga malam tuh apa salahnya mencuba masakan org sana! Janji halal yea nok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...