Langkau ke kandungan utama

Melengkapkan Hariku

Tunggu punya lama akhirnya sampai jugak.


Jenuh nak dapatkan setiap satu item yg dlm gambar tuh. Rasa macam tiga bulan jugak baru nak lengkap semuanya. Maklum jelah pesan barang yg semuanya luar negara, hanya pasrah menanti (tak tahu ada jugak jual dlm negeri). Harap dah luar negara tu kualiti pun cantek lah kan...


Ha tu dia!!!

Amende lah kan bertengkek-tengkek kat depan lensa kamera. Semua tuh penuras ND untuk ambil gambar dedahan lama pada kondisi siang hari. Yg lain tu, bentuk bulat2 tu, semuanya adaptor untuk pegang penuras pada tempatnya.

Macam pro je kan... Wakakaka...

Ada hari tak sampai apa pun. Ada hari mcm kelmarin kedebuk sampai secara pukal. Hambek kau tiga sekali sampai! Ke langit keterujaan itu tau!


Yg ni bungkusan kedua, lensa kit untuk talipon pintar. Ada lensa untuk makro, ada untuk CPL... Yg paling aku feberet sudah tentu lah makro. Lawo baq anggg... Yg penting takde vignette.


Ini baru makro... Lensa untuk sudut lebar pun menarik hatiku...


Cuma mcm ada kabur sikit lah kan... Tetiba plak ko dah nampak gambo tu, ko terdetik nak tanya... Apa kah ito?

Ha ni dia bungkusan ketiga yg sampai kelmarin. Punya lah bongkar sana sini kat KK tuh tak jumpa. Hujung2 terpaksa pesan kan Amazon aje. Bila sampai belek-belek mcm kenal je sticker tu kannnn... Adey cetakan Malaysia kah yg aku pergi pesan jauh2 nih... Kwang3x.

Apa pun syukurlah semuanya selamat sampai ke tuannya. Lepas ni nak semak apa2 lagi yg aku perlu untuk dibawa ke Jogja nanti. Lensa, penuras segala tu semuanya sebahagian persiapan suting aku di sana nanti.

Doakan yg terbaek yea...

Ulasan

  1. wah wah....handsomenya camera kau ali....aku pasang angan2 ja la nk beli lense nikkor 70-300mm....kena kumpul duit dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hobi fotografi ni btol2x mencekik bajet kannn...

      Padam
    2. Hobi fotografi ni btol2x mencekik bajet kannn...

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...