Kuota mingguan haplot utk vimeo dah kehabisan minggu lepas terpaksa tangguh entri sambungan cuti-cuti Jogja kita. Minggu baru, kuota baru maka kita pun menghaplot video terakhir untuk percutian di Jogja tempohari. Setel di Parangtritis, destinasi terakhir di Jogja, kami ambil keputusan untuk balik ke hotel sahaja. Rehat-rehat, malamnya ke Jalan Malioboro memberi cenderemata. Ikutkan boleh balik lagi lebih awal tetapi terkandas di Taman Sari oleh seorang pakcik yg menawarkan khidmat "tourist guide". Bbrp kali hint kami nak permisi masih jugak dia terus pot-pet pot-pet memberi info tentang Taman Sari yg dahulunya menjadi kediaman Sultan Jogja. Sesampai di Gumuk Pasir dan kemudiannya di Pantai Parangtritis, aku dah kehabisan tenaga. Idea pun dah kering nak buat apa. Jadi aku acu je kamera ke mana-mana subjek yg menangkap perhatian aku. Hasilnya boleh tengok kat video yg aku haplot kat vimeo di atas. Dalam perjalanan balik, hujan lebat tiba-tiba turun. Erfan yg ...
Leka, Liku Hidupku