Langkau ke kandungan utama

Sekembalinya Dari Jogjakarta

Eh sedar-sedar dah balik Malaysia!

Lepas balik aku dah siap2 ambil cuti satu hari bagi merehatkan badan. Takde lah yg ala2 lompat dari kapal terbang ha terus siap2 masuk kerja.

Aku pernah buat mcm tuh. Zaman muda dulu-dulu. Skrg dah tua pakcik tak mampo wei!

Lepas balik Jogja momen yg dinanti-nantikan sudah tentu lah part masa mengagihkan cenderahati. Alah yg murah2 aje. Key-chain, fridge magnet, beg kecik, poskad sekadar menggembirakan hati mereka-mereka yg ditinggalkan... Wakakaka...

Ada jugak yg kirim itu ini. Maaf pakcik tak layan!

Aku kalau boleh gi bercuti lenggang kangkung tak nak bawak bagasi gedabak. Cukup santut dan pakaian basahan bagi aku dah memadai.

Dah balik, aku kira-kira baki duit rupiah aku masih ada dlm sekitar 1 juta 500 rupiah.

Jimat tak jimat aku ronda-ronda kota Jogjakarta.

Seingat aku dulu balik dari Bali mcm hampir habis aku belanjakan.

Yalah, Bali tak sama dgn Jogjakarta.

Jogjakarta bumi graduan. Harga jual tarif pelajar.

Bali kau hambek lah. Harga pelancong. Makan pun segan-segan tengok menu. Mahal lagaknya!

Balik-balik ni aku takde lah sangat nak share2 citer masa di Jogja. Semua dah balik mcm biasa. Busy tuh sudah tentu.

Masa tinjau-tinjau next destination ke Kambodia baru aku teringat nak hapdet belog.

Bila ditanya apa yg aku paling suka di Jogjakarta? Sudah tentu lah makanannya!


Ini Burung Dara Geprek. Menu terakhir aku makan malam terakhir di Jogjakarta.

Kalau korang ke Jogja, jangan lupa singgah restoran Mas Bowoo di Jalan Malioboro. Kitorang gian wei, sampai dua malam berturut-turut ke sana.

Pedasnya ya hampun, lezat bangat!


Malam pertama di Jogja kami cuba-cuba makan di angkringan dekat Tugu Jogja.

Sedap-sedap makan tuh tetiba ada pulak mbak datang mengalunkan suaranya. Agaknya member sorang tarik muka, mbak tuh ulang-ulang kali kata "maaf ya mbak".

Aduhhh... sayu aje dgr suara dia.

Tapi ni kalau hulur barang serupiah dua aku jamin kejap lagi kena hurung.

Tak hulur apa-apa pun lepas tu datang lagi dua nona bagi nota.

Aisehmen, nota tertulis mintak bantuan derma.

Kami cepat-cepat habiskan makanan dan terus saja pulang ke hotel.

Malamnya tuh payah beno aku nak tidur. Esok nak kena gerak awal ni pukul 7 pagi!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...