Langkau ke kandungan utama

Sekitar Cuti-cuti di Jogja (Bhg 2)

Sudah entah berapa hari balik dari Jogja aku tengok beg masih belum siap dibongkar lagi. Yg dihadap dulu henfon bikin video.

Menyorot kembali percutian pendek ke Jogja lepas, banding dengan bagasi yg aku bawak sblm ni, bermacam gajet menguasai ruang beg.

Mungkin pada masa akan datang aku perlu asingkan gajet dengan barang peribadi (sbb aku baling masuk campur aje).

Tulah bila perlu, terkial-kial aku mengorek isi perut beg. Sesampai bilik hotel ngantuk pun aku tetap sibuk unpack plak nak kluarkan gajet.

Hahaha... gajet lah sangat... macam pro kan?

Hari pertama dan kedua Alhamdulillah berjalan dengan baik. Cuaca pun bagus. Cuma apps tuk gajet aku tuh yg bikin aku tarik rambut sendiri banyak kali.

Tiap kali rekod, video yg terhasil seolah-olah skip.

Sakit hati lah jugak sebab hampir 90% video yg aku rekod hari pertama ada skippin effect. Gambar dah lawo, tapi mcm cd calar lah pulok.

Masa sampai kat Candi Parambanan tuh aku test lagi dua tiga kali dan tengok hasil. Hasilnya tetap sama. Masa tu rasa mcm nak smack down aje apps tuh.

Depan Candi Siva aku terpaksa membuat pilihan. Kau nak hasil perfect atau senang nak tekan butang.

Aku nak perfect punya video!

Jadi biarlah aku bersusah takde butang on dan off dari dapat rakaman video calar!

Tolong DJI Osmo Mobile. Sila baiki apps korang. Samsung punya camera aku guna yg 4K takde masalah pun. Smooth je hasil video seperti yg korang boleh saksikan di bawah.


Candi Parambanan bukan destinasi pertama kami pagi tuh pada mulanya; sepatutnya Taman Sari. Dah bincang dengan Porwan semalam, katanya elok pergi Candi Parambanan dulu. Taman Sari bukak dalam pukul 9.

Kami tak sangka pulak, supir hari kedua orang lain. Erfan namanya.

Erfan cadangkan kami cuba-cuba aje dulu.

Boleh jugak tunggu setengah jam lagi tuh, tapi malas pulak nak tunggu. Baru nak parkir dah kena hurung tourist guide menawarkan servis mereka.

Mungkin pada pandangan Erfan, kalau kami dahulukan Taman Sari, perjalanan akan lebih pendek nanti ke Pantai Parangtritis petang nanti.

Apa pun kami singgah Candi Parambanan dulu. Lagipun tak lah jauh sangat dengan bandar Jogja.

Tapak Candi Parambanan tak seluas Candi Borobudur. Jadi tak le semengah hari sebelum tuh nak menapak. Penjaja pun tak seramai yg di Candi Borobudur.

Tapi kan kesian tengok. Mmg dah kawasan larangan nak menjaja. Masuk jugak dalam parit cetek jual air mineral dari bawah pagar. Demi mencari rezeki yg halal.


Kalau tengok kat poskad lawa aje Candi Parambanan ni. Elok je tergeletak atas tanah. Tapi bila datang rupanya ada yg sedang dipulih kan akibat gempa pada tahun 2006.


Menelusuri kompleks Candi Parambanan ini mengingatkan aku tentang pengaruh Hindu yang sebati dalam masyarakat Melayu. Meski pun sudah hampir 500 tahun alam Melayu menerima Islam sisa peninggalan Hindu masih boleh dikesan dalam kehidupan sehari-hari.

Contoh mudah penggunaan kata, SURAU dan SEMBAHYANG (sembah -dewi- Hiyang) masih diguna pakai sehingga kini.

Jadi jangan hairan kalau masyarakat di Jogjakarta ni kehidupan mereka masih ada yg berkisar dgn alam mistik.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...