Langkau ke kandungan utama

Sekitar Cuti-cuti di Jogja (Bhg 1)

Dalam perjalanan ke Rumah Doa, Bukit Rhema (atau lebih dikenali sebagai Gereja Ayam oleh penduduk setempat) sempat aku berbual-bual dengan supir kami yg memperkenalkan dirinya sebagai Porwan.

Isi perbualan berkisar dari hal-hal percutian sampailah masuk ke hal-hal politikus.

Ramah jugak Porwan ni banding majikannya, mas Heru, bisik hatiku. Tapi pelat Jawonya sepekat keramahannya jugak!!!

Sekurang-kurangnya bila berbual-bual ni mata aku tak lah kuyu, yg sudahnya membuatkan ku layu di atas kerusi kereta.

"Di Indonesia, yg punya dengan yg gak punya, ketara sekali", luah mas Porwan sambil mata ku mengerling ke sebuah taman perumahan elit yg dibangunkan tembok tinggi mengelilingi kawasan itu.

"Ini semua akibat pengagihan kekayaan yg tidak sama rata", tokok ku lagi.

Perbualan kami terus lanjut ke hal kesultanan Jogjakarta, yg peranannya menurut Porwan tidak terhad pada hal ehwal agama Islam dan orang Melayu, seperti Sultan-sultan di Malaysia, malah sebenarnya lebih meluas.

Sultan Jogjakarta sekarang ialah Sultan Hamengkubowo ke-10.


Ini sebenarnya bukan gereja (juga bukan bentuk ayam tetapi merpati).

Asalnya dulu dibina sebagai pusat pemulihan dadah (seperti yg terpampang pada mural di dalam). Pembinaannya terbengkalai lalu kemudian ditinggalkan. Selepas menjadi salah satu lokasi dalam filem AADC2 tempat ini mula menjadi tarikan. Ketika kunjungan kami ke sini prasana mula diperbaik dan interior gereja mengalami proses renovasi.

Kalau malas mendaki ada juga disediakan perkhidmatan jeep ke atas.

Siap bergambar kami pun bergerak ke destinasi berikutnya, Candi Borubodur. Lebih kurang 15 minit memandu dari Gereja Ayam.

Cantik aturan aku kan? Aku dah kaji selok belok semua destinasi supaya tidak byk makan masa di atas jalan raya seperti terjadi kat aku tahun lepas di Bali.

Ahaks.

Di Candi Borobudur apa yg aku boleh aku katakan?

Aku pun kehilangan kata untuk menjelaskan kehebatan struktur binaan manusia yg suatu masa dulu menjadi tempat peribadatan penganut Buddha aliran Mahayana di tanah Jawa.

Dari mana aku nak mula shut?

Apa yg ingin aku rakamkan?

Hujung-hujung bila melihat rakaman, aku ambil keputusan untuk berkongsi detik-detik ke Candi Borobudur seperti yg aku kongsikan dalam video yg aku sisipkan di hujung entri ini.

Tidak diketahui dengan jelas kenapa binaan semegah candi Borobudur ini ditinggalkan terbiar suatu masa dahulu.

Adakah kerana bencana alam yg merosakkan strukturnya atau kerana kemerosotan pengaruh agama Buddha di nusantara.

Ketika ditemui Candi Borobudur menyerupai sebuah bukit kecil kerana dilitupi tanah dan ditumbuhi tumbuhan renek. Candi sangat terabai sehingga satu masa penduduk setempat mengutip batuan binaan candi untuk dijadikan tangga rumah.

Kini Candi Borobudur merupakan salah satu tapak warisan UNESCO. Kalau ke Jogja wajib pergi!


Tidak lengkap rasanya juga kalau tidak buat Merapi Tour semasa berada di Jogjakarta. Menyaksikan kehancuran akibat letusan gunung Merapi membuat kita bersyukur yg Malaysia berada di luar lingkaran gunung berapi.

Memusnah. Mencipta. Merapi.

Syukur ujar Parwon, supir kami, selepas letusan Merapi 2010 ekonomi di kawasan sekitar mula bertambah baik.

Satunya terbangun Muzium Sisahartaku yg menjadi kunjunga para pelancong.


Menamatkan entri hari ni aku sajikan dengan video hari pertama di Jogja.

Ulasan

  1. melawat kawasan. dr pc boleh play tp dr fon tak boleh pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh vimeo tak boleh play ke... hurmmm nasib ko lah... dari henfon aku boleh je.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...