Langkau ke kandungan utama

Jom Beruber

Siang tadi berUBER ke Suria Sabah, jumpa kawan sekolah. Dalam perjalanan tuh berbual lah dengan pemandu Uber. Kebetulan pulak, untuk kemudahan, kita panggil pemandu Uber tuh Encik Mat, mesra dan banyak cerita.

"Byk jugak Uber di Papar, bos?", tanyaku ingin tahu sebaik sahaja melompat masuk Perodua Viva.

Sebelum2 ni aku tengok pada apps, tak byk icon kereta muncul di kawasan Papar. Hari ini ada bbrp buah kereta.

"Banyak. Mungkin yg lain suda naik KK", balas Encik Mat sambil memulas sterengnya utk keluar simpang.

Macam aku cakap awal-awal tadi, Encik Mat ni mesra. Kau bagi satu soalan pun boleh membibit kepada cerita lain. Tapi yg aku nak tahu ni keadaan Uber di Papar.

Menurut Encik Mat, kebanyakkan yg menyertai Uber ni cikgu-cikgu. Maklumlah cikgu-cikgu ni mampu sikit nak keluarkan kereta baru.

Kereta yg berdaftar dengan Uber mesti berusia kurang dari 8 tahun. Sebelum ni aku fikir 10 tahun.

Lebih menarik lagi, pelanggan yg Encik Mat selalu dapat dari kawasan aku tuh rata-rata dari pelancong asing.

Kalau bukan Beringgis Hotel, mesti dari homestay yg dibuka di kawasan resort aku tuh fikirku sendiri.

Sesampai di kawasan Kinarut, isi perbualan kami berpindah ke "ancaman" pendatang asing di sebuah penempatan.

Dulunya kata Encik Mat, kawasan tuh diwartakan sebagai tapak perlindungan untuk pelarian dari negara Filipina kerana berlaku perang saudara di negara mereka.

Kisah tuh berlaku dalam tahun 70-an.

Dah lebih 30 tahun, masih ada lagi kah pelarian tuh, soal Encik Mat.

Ada kot, mungkin sekarang dah dapat IC. Yg menyemak ni pendatang lain yg berkampung di situ. Beranak pinak lengkap dengan pakej gejala sosial sekali dia bawak.

Member sorang ada cadang deronkan kawasan tuh. Nak bayangkan betapa luasnya kawasan penempatan tuh. Takut pulak tgh syok2 terbangkan deron aku kena tabak. Tak sia-sia hidup tuh nanti?

Dari situ, Encik Mat pun mula mempersoalkan peranan pemimpin. Kita-kita ni mungkin tak rasa sangat. Tapi bila dah jadi sejarah, org-org yg kita tinggalkan yg kena keluh Encik Mat.

Pemimpin pun satu hal, rungut Encik Mat. Dapat mandat rakyat, disalahgunakan utk sauk harta negara aje.

Sementara ada kuasa, tambah aku, kasi gemuk dulu lah kroni dia tambah aku lagi.

"Tiada rasa bersalah kah durang tuh", tanya Encik Mat.

Tak dapat aku menjawab soalan tuh. Kalau aku jadi pemimpin satu hari nanti mungkin baru aku boleh huraikan. Atau mana tau, satu hari nanti aku boleh temubual pemimpin?


Sementara tuh, jangan lupa ada temujanji dengan kawan sekolah lama. Temujanji tuh bertempat di Chicken Rice Shop. Nak makan nasi katanya, tapi yg dipesan gado-gado makcik sekor tuh.

Sebelum jumpa sempat lagi aku menabung di kedai-kedai. Tak boleh lah merayau di sopping kompleks kompom duit pun merayau ke tawkey kedai... sob sob.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...