Langkau ke kandungan utama

Tips Gemok

Aik??? Dah sekian lama tak hapdet tetiba muncul dengan tips gemuk? Kau kenapa?

Tengah duk isi penilaian pelajar praktikal ni tetiba aku teringat kat satu budak pelajar praktikal bbrp tahun sudah sembang-sembang mintak tips mcm mana nak gemok.

Aku gemok sangat ke sampai ada orang nak mintak tips?

Ini bukan pertama kali jugak org mintak tips mcm nih. Masa aku ngaji di UUM dulu pun ada jugak tanya aku makan apa. Nak merasa jugak berlengan mcm aku ni katanya.

Yalah lengan dia kurus lurus je mcm lengan si Aishwaryarai tuh.

Kat pompuan look nice lah, tapi kat lelaki hurmmmm...

Seingat aku lah masa aku remaja belasan tahun (uiseh), selalu diejek sanak saudara sebab terlalu kurus. Sampai satu tahap mak bapak dah tak tahan cakap-cakap saudara mara paksa aku makan vitamin supaya selera bertambah.

Kalau aku tengok balik diri aku masa tu, aku sebenarnya normal aje. Kurus sebab dalam proses tumbesaran. Apa nak heran?

Masa sambung ngaji di UUM lah baru aku start put on some weight (gitu).

Pertama kali pegangn duit sendiri lah katakan. Mana dengan elaun mak bapak bagi, mana lagi duit biasiswa.

Nak suh menyimpan muka aku ni? Duit semuanya habis ke comfort food.

But the truth is, aku makan mcm biasa jugak. Takde lah melantak sampai dua tiga pinggan. Badan naik sesuai ikut keadaan umur kot. Aku boleh cakap makan kuat, tapi ada yg makan kuat siap makan weight gain pun badan masih kekal cekeding.

Jadi kenapa mintak tips gemok dengan aku? Bukan kau ada kawan yg gemok ke tempelak aku pada budak praktikal tuh.

"Alah bang, itu gemuk yg tidak sihat! Boleh bawa penyakit."

Apa maksud kau tidak sihat?

"Hari-hari minum Coke botol."

Betul jugak tuh. Aku perati gaya budak praktikal yg sorang lagi tu, bukan tahap boroi dah dia ni tahap isi lemak di perut dah jatuh ke bawah, baju pun dah tak boleh tuck in, suka makan yg manis2.

Kek dia curah susu sejat. Kopi dia tuang setengah gelas susu pekat. Entah apa2 lagi yg dia makan dengan susu sejat aku pun tak tau.

Beginilah...

Nasihat aku, yg badan mcm boleh bikin sup tulang, tak payah lah nak mintak gemok. Nak gemok sikit. Nak tambah isi. Esok bila kau dah gemok, kau nak kurus pulak kan? Bersyukur jelah dengan apa yg ada. Janji kau sihat!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...